Lama tak buat lempeng. Dini suka. So terfikir nak jadikan bekal sekolah dia harini. Alhamdulillah excited dia tengok. Siap breakfast lagi kat rumah. Selalunya suruh makan before gerak, dia tak mau.
Kita gulung jadilah lempeng roll. Comey la sikit. Dini suka sebab rasa macam cucur bawang bilis.
Bahan Lempeng Roll Ommi Dini:
1 cawan tepung gandum
2 cawan air
Sejemput ikan bilis
1 biji bawang kecil
Garam
Gula
Blend je semuanya pastu masaklah atas pan. Siap!
Buat mini size untuk bekal Dini senang nak roll.
Ayahnya makan dengan kuah kari.
Tidak dilupakan Oat Krunch dia. Semalam Dini cerita dia beli ayam gunting kat kantin, tapi terjatuh kat lantai masa nak duduk kat meja. Alahai sedih Ommi dengar. Muka Dini pun muram je tak sempat nak jamah. Takpelah, harini belilah lagi tapi make sure hati-hati. Semalam dia taknak beli baru dah sebab beratur panjang.
Staycation has ended. Dah selamat sampai ke sarang. Alhamdulillah.
Dinner semalam
📍 DZarra Tomyam
Keluar makan sekejap then balik terus rehat2. Terlelap awal semua kami.
Jam pun rekod tido cukup 8 jam. Taktau penat sebab apa dah tu 😆
Rajin main chatgpt sekarang eh
Know know dah 8 bulan dah baby sekarang. Cepat je membesar. Sambil berehat lepas makan tengahari tadi, sambil mintak chatgpt editkan. Function sungguh la hang chatgpt.
Yg ni untuk promote bisnes harini. Back to business lah kita bila baby dah besar ni. Bolehlah buat sambil menguruskan anak2 dan rumah. Kita tukar mode stay-at-home Mom kepada mode Mompreneur pulak.
Moga maju jaya bisnesku 🤲🏻 Yang penting sustain, bukan sibuk nak sale juta2 sangat. Pastu lantaklah apa orang nak fikir dan kata pun. Bukan diorang yang bayar hutang PTPTN i tu kan.
POV: Buat apa kat bilik masa husband kerja dari pagi sampai petang?
8.05am: Breakfast roti canai Ayah Dini tapau before pergi kerja
8.36 am: Baby girl dicium matahari sambil enjoying the view. Kat bawah tu nampak swimming pool.
9.15am: 2 ketul boys mandi bathtub 🛁 sementara baby girl tido. Sempat kena marah dengan Ommi sebab bergaduh masa mandi bathtub 😮💨 Lepas mandi, main toys kejap sambil tengok movie "Cloudy With The Chance of Meatball".
12.19 pm: Enjoying my favourite chocolate drink. Kalini buat hot sebab takde ais kan. Yg sejuk lagi sedap.
Dah 2 kali beli BOH Cocoa Tea Latte / BOH Teh Koko Latte ni. Sedaplah pulak. Creamy, tasty, chocolatey, fluffy. Gituh.
Sambil minum2 sambil layan anak2 makan tengahari. Makan apa yg ada kat bilik je. Nanti malam baru keluar dinner.
2:15pm: Lepas makan, anak2 pun terlelap dan rehat semuanya. Kita pasang movie Harry Potter & The Deathly Hallows Part 1 🪄
I'm a Ravenclaw 🦅 Rasa macam nak jadi student Hogwarts pulak. Mintak chatgpt je la merealisasikan impian tersebut.
Dini is a Ravenclaw too 🦅
Adik is a Gryffindor 🦁
Sebenarnya first time guna chatgpt. Saja mintak dia create Mother's Day wish 🌹
Pastu mintak chatgpt buat poster untuk bisnes popia kita. Comey dooh.
Bisnes gift box
Bisnes raya cookies
4.14 pm: Ayah diorang dah balik dari kerja so dia bawak the boys mandi kolam kat bawah. Saya tinggal kat bilik dengan baby. Done some standing workout ikut orang buat kat YouTube.
7.39 pm: Pergi makan malam kat Morten Walk. Cantik tempat ni. Tepi sungai, ada banyak kedai makan kat area sini and Kampung Morten. Pastu nampak cruise lalu. View lampu warna warni yang cantik.
Kami makan di Nasi Lemak Abang Botak. Ayah Dini order Nasi Ayam Penyet. Nasi Lemak Basmathi Sambal Udang Petai for me. Anak2 Nasi Lemak Basmathi lauk telur rebus sahaja. Sedap 👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻
Nasi lemak comel i tak sempat ambik gambar. Busy melayan karenah anak2 sementara tunggu siap. Yg sulung moody sebab mengantuk tak tido siang. Anak kedua tak duduk diam, risau jatuh dalam sungai je. Si baby pulak macam dah ngantuk dia jadi macam belut dah semua tak kena 😂 Macam2 la perangai anak2 ku ni. Suami dan anak2 je tau betapa gorgon nya mak diorg bila dah overstimulated tu.
Lepas dinner terus balik. Batalkan saja niat nak jalan tepi sungai 😮💨
Balik bilik terus ajak anak2 rehat baring layan movie diorang dulu. Lepas diorang dah terlelap, saya pulak habiskan layan drama Turkiye: Kurulus Orhan (Ottoman Sultan). Ini sambungan dari siri pasal Ayah dan Datuk Orhan, Osman Gazi & Ertugrul Gazi (Dirilis Ertugrul & Kurulus Osman). Ramai gak peminat international siri ni termasuklah saya.
Basically, it is a story of zaman Pemerintahan Turki Uthmaniyyah baru nak establish. Pernah belajar kan dalam subjek Pendidikan Islam sekolah menengah dulu kala? Pasal ni la.
Suka pulak tengok. Melalui drama Turkiye, baru saya tau kenapa muka diorang ada yg macam Arab ada yang macam omputeh. Sebab negara Turkiye ni terletak tengah2 antara negara2 Arab dan Eropah. Banyak kawen campur even dalam keturunan Ottoman Empire pun diorang bukan 100% Turkic. Sebab ada political marriage also.
Dulu masa filem Istanbul Aku Datang tu tengah famous, kita ingat Turkey ni negara Arab Arab sana. So ingat macam negara Palestine, Mesir, Qatar and etc tu la. Rupanya tidak. Diorang ada yang Islam, ada yang Christian, ada Yahudi. Mazhab pun tak sama macam kita.
Teringin nak pergi Turkiye. Tempat diorang cantik 🩷 Negara Palestine pernah berada di bawah pemerintahan Ottoman Empire. Teringin nak jalan tengok bangunan bersejarah kat sana.
Sebab tu suka tengok drama Turkiye. Sebab suka tengok culture diorang. Dah la muka cantik.
Sekian saja laporan POV harini. Semoga bertemu lagi kita dalam laporan POV akan datang.
Haritu tak dapat ikut husband oustation, kalini dapat. Yeayyyy ✨ Dapatlah I fefeeling unwind barang sejenak doing something out of routine yg membuatkan diri dalam ketepuan haritu.
Cantiknya city view daripada tingkat yg tinggi ni tapi kita gayat, seram tengok kt bawah.
Cantik ✨
Let me just enjoy this staycation with my kids 🥰 Moga diri ini dapat sedikit tenang dan kembali bertenaga dan bersemangat bila balik rumah nanti.
Dah takde idea nak lapor POV apa ahaha 😂 Nak throwback Raya 2026 je la since takde simpan lagi kenangan raya dalam blog ni.
Menu pagi raya kami 🩷
Tahun ni raya with my family. Raya dengan Mama. Semua balik raya belah Mama tahun ni. Mama ada 17 cucu dah tahun ni so bila balik raya belah kami memang meriah dengan anak2 je.
Begitulah menu pagi raya kami. Semuanya hasil potluck adik beradik dengan tugasan memasak masing2. Ada yg dah siap masak dari rumah, ada yg sebelum subuh pagi raya baru masak. Tak kisahlah tu jangan sampai tak tido malam dah la. Kuah lodeh je tak sempat masuk gambar.
Pagi raya lebih baik spend time ke arah bersiap pergi masjid sama-sama solat sunat raya. Bukan selalu, setahun 2 kali je.
Tema warna raya tahun ni: Emerald green 💚
Jodoh Lebaran i nak gi solat raya
Jenn & Jean 💙
Raya kedua berbaju royal blue & smart casual. Putih kucing Mama pun join bergambar sekali.
Raya kami tahun ni aim dia nak tenang2 je. Taknak raya dalam keributan dan kekalutan. Tak nak raya yg serabut. Alhamdulillah syukur tahun ni even Mama pun cakap raya tahun ni dia rileks je sebab menu raya anak2 dia dah setelkan hihi.
Fokus dia tido awal, bangun awal pergi masjid awal, balik dari solat raya, beraya kami bersalaman bermaafan, bergambar dan makan raya. Pastu eid nap 😆
Petang2 sikit raya lagi ada adik beradik Mama datang beraya. Malam main mercun bakar duit. Layan anak2 main bunga api. Lawan mercun dengan jiran.
Raya tahun ni kami tak rancang kemana2 sangat. Sebab raya kami2 je dah penat sebab masing2 dengan anak2 😆 Letih kome. Tapi seronok. Alhamdulillah syukur sangat raya tahun ni raya yg tenang ✨🤲🏻
Berkumpul lagi kami di raya tahun 2028 nanti jika panjang umur. Amin. Tahun depan raya belah husband pulak.
Port breakfast favourite Mama yg baru
Before nak pulang ke sarang lepas raya2 tu, Mama ada bawak breakfast kat warung baru kat tepi jalan dari Slim River nak ke Behrang. Dia buat kat dalam perkarangan tanah rumah yg disewakan tuan tanah.
Sedap kome Mee Kari dia. Capati kuah sardin tu favourite Mama. Kalau ada anak2 dia balik kampung, mesti dia ajak breakfast sini. Nama dia Warung Nasi Ayam Berempah tak silap tapi ada breakfast macam ni. Saya carik kat Google macam belum ada lagi location kedai tu. Kalau tak boleh share link.
Mama orang Perak. So we area Sarawak-Perak clan. Nak kata kami orang Perak, tak sebab tak membesar di Perak. Mama je yg betul2 orang Perak. Dia kawen dengan orang Sarawak, menetap dan kerja di Kuching sampai pencen. Balik ke Perak for good lepas Ayah meninggal. Kami semua memang lahir dan membesar di Kuching. Tapi takde sorang pun yang menetap di Kuching sekarang sebab berjodohan pun dengan orang Malaya semuanya dan terus bermastautin disini. Rumah kat Kuching dah jual so jadinya kampung Opah Dini di Peraklah kome.
Dari kampung Mama singgah lunch kat Food Court Alamanda Shopping Mall sebelum balik ke sarang. Nasi Ayam favourite anak2 la ni. Tapi diorang makan nasiknya je 😂
My favourite is always steamed chicken 🤤 Isinya lembut dan juicy. Saya pun kalau pergi food court Alamanda ni, memang favourite nasi ayam ni jugak. Tak nasik ayam, order sizzling mee. Itu je lah.
Tepu rasa otak 2,3 harini kat rumah. Bangun pagi2 rasa penat. Nak tido susah sebab badan sengal2. Rasa diri macam gemuk. Banyaklah perasaan negatif. Jadi harini kuatkan diri showing up bawak 2 ketoi anak keluar outdoor walking kejap. Kejap pun jadi la buat rasa-rasa. Tak mampu nak komited brisk walk/jog bagai buat masa ni. Jalan tolak stroller pun jadilah.
POV: Anak pertama dah pandai beli makanan kat kantin sekolah
Walaupun dah pandai beli makanan kat kantin sekolah, tetaplah ada bekal buat kudap2. Egg toast with cheese utk Ayah Dini.
Semalam masak nasik goreng utk breakfast Ayah Dini, tapi tak sempat photoshoot.
Bekal Dini selalunya tak habis, tapi takpelah janji ada makanan kot2 lapar lagi sebab sekolah sampai petang. Ada KAFA sekali. Tengahari tak balik. KAFA di sekolah yg sama.
Haritu Mama datang rumah, bawak sekali buah Makisar atau passion fruit dari edible garden dia. Sedap tauu. Bau manis 1 dapur bila dibelah. Saya suka buat teh.
POV: I am a private barista/juicerista for my husband at home. Yihihi. Sedap katanya mcm beli yg dalam botol. Gelas kena ada gaya. Gelas free je tu dapat dari ofis dia. Kena guna takyah nak sayang sangat. Buat habuk je simpan dalam kabinet. Baik guna selalu kalau pecah ke apa bukan ralat pun sebab free. Straw pun kaca.
Yg mcm ni Dini dah boring agaknya. Mati idea kengkadang nak bagi bekal apa dah. Sebab yg berat2 mcm nasi goreng ke mee goreng ke dia tak makan sangat. Nasi berlauk lagilah dia tak makan.
Takpelah janji ada bekal. Boleh alas perut sementara sampai waktu balik. Payah kalau anak jenis memilih 🥹 Tak banyak benda dia nak makan. Sebab tu kecik mulus je anak I tu.