Monday, August 11, 2025

Dotty’s IOI City Mall Putrajaya

Assalamualaikum πŸ’œ

Harini diberi peluang bukak iPad jenguk blog ehehehe. Anak-anak tengah tido siang, suami kerja. Jadi, iPad is freeeee! Cuma harini lepas makan iberet, terus jadi mual and mabuk. Katanya memang kesan sampingan ubat tu. Sama je macam Zincofer. Bukannya jenis liat makan ubat, tapi kalau buat kita jadi mabuk and mual kita jadi tak suka la huhu. Sekarang dah rehat and terlelap akibat mabuk tadi, baru rasa ok boleh bangun huhu.

By the way, harini macam biasa kita nak share la koleksi gambar makanan kita snap haritu masa makan kat Dotty’s. First time makan sini. Before ni pernah tengok member je makan kat situ. Sedap jugak and I like the interior design, sangat cantik ya!

Spaghetti Carbonara Chicken

Spaghetti Salted Egg Soft Shell Crab

Butterscotch Latte

Moist Chocolate Cake and Iced Chocolate

🍝  Spaghetti Carbonara Chicken

I sangat suka makan spaghetti carbonara. Disebabkan I tak reti masak kuah carbonara, selalu tak jadi macam yang I nak, so bila kat luar I suka order spaghetti carbonara or yang jenis nama Alfredo tu. Spaghetti kuah putih. I boleh kasi review 5 bintang untuk spaghetti ni. Sedap, kena dengan citarasa I. Sedap sangat! Ada 2 pilihan, chicken & beef. I pilih chicken. Dia guna chicken salami ya bukan daging ayam yang betul. Kuah dia sedap creamy and cukup rasa. Tak muak pun. If korang nak kurangkan rasa muak, korang kena pair kan dengan air kopi. That’s why I try Butterscotch Latte. Memang bagi saya pair yg mantop! Walaupun saya sebenarnya tak minum kopi sangat haha. Tapi sedaplah.

🍝 Spaghetti Salted Egg Soft Shell Crab

Haa yg ni pilihan husband. Dia memang suka salted salted ni. Rasa soft shell crab tu memang sedap. Terasa salted egg dia. And terkejut jugak dia bagi seekor ketam ya. Untuk rasa spaghetti dia, dia jenis creamy. Suami mintak spicy. Spicy dia gitu-gitu je la. Cuma, bila I try, dia ada rasa rempah dalam kuah spaghetti tu. Sedaplah jugak. Cuma masa mengandung ni, baby saya tak suka rasa rempah haha. Jadi I rasa-rasa sikit je suami kita punya menu. Tak boleh go sangat. Tapi bagi korang yang suka Asian infused food macam ni maybe boleh try. 

🧈 ☕️ πŸ₯€Butterscotch Latte

Saja je nak try. Sebab kita suka makan kek Butterscotch Zetty’s hihi. Tapi rakan-rakan, butterscotch nya takde rasa pun haha.  Rasa latte biasa je. Taktaula kot dia salah buat ke lupa letak butterscotch ke. Sebab pernah rasa yg Gigi Coffee punya memang terasa butter dia. Tapi overall sedap je lah latte tu. Mengurangkan rasa muak bila makan makanan yang creamy-creamy ni.

🍫 Iced Chocolate

Yang ni untuk anak pertama saya tu hihi. Dia suka air coklat je. Sedaplah jugak, kurang rasa manis tapi lebih rasa coklat. Saya suka yang macam ni. Rasa coklat yang kaw, bukan manis leting gula. 

🍰 Moist Chocolate Cake

Ini pun pilihan anak pertama saya tu hihi. Dia macam saya la, suka coklat je. Hahaha. Sedap kek dia. Rasa kek mahal. Ya lah, harga sepotong pun dah RM20+ yaaa. Bukan kek coklat biasa. Memang sedap sangat. Rasa coklat yang rich.

🐟 🍟 Fish and chips

Yang ni tak sempat nak ambik gambar. Order untuk anak-anak. Diorang makan chips nya je, fish nya tak mahu haha. Tapi fish dia sedap ya. Goreng tepung dia sedap sangat. Crunchy. Makan pulak dengan tartar sos dia sedap jugak. Yummy sangat. Jarang jumpa fish and chips yang sedap. Tapi yang ni sangat sedap bagi saya. Chips dia sedap jugak. Ditaburi garam dan juga black pepper. Yumss! 

Dah lama kitorang tak makan kat luar yang macam ni. Husband teringin western food yang betul-betul sedap katanya. Syukurlah sedap bagi dia. Puas hati jugak. Lately macam-macam yang dia teringin. Harini dia mesej tetiba teringin ayam gepuk. Dah macam dia pulak mengandung hahahaha.

Sekian saja kisah food diary kita harini. Nanti ada peluang, kita update lagi. Banyak je gambar tak share lagi ni. See you when I see you!

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Adik's 2nd Birthday

Birthday anak kedua saya tu Oktober lepas. Baru terasa nak share gambar dalam blog ni. Celebrate kat rumah je memandangkan masa tu kita teng...

Popular Post