Saturday, August 16, 2025

Mantou Cohocolate Dip, Mantou with Sambal Tumis Ikan Bilis & Sandwich Tuna Mantou



Mantou bun ni sangatlah comel. Kita ingat mula-mula dia tetiba famous dulu sebab orang suka makan dengan Clam Chowder Soup. Kita tak pernah rasa sup tu tapi nampak sedap kan? Pastu, muncul various dip yang boleh kita pilih untuk makan dengan mantou bun yang comel ni hihi. 

Bulan Jun lepas, kitorang ke Bercham,  Ipoh tido 2 malam di rumah adik saya. Wife dia, iaitu adik ipar saya berniaga mantou bun pelbagai perisa and dipping kat area Bercham ni. Homemade and based on pre-order la. Masa ke rumah diorang ni la first time merasa mantou bun dia.

Yang paling sedap tu gais, sambal tumis ikan bilis dia tu. Kena betul makan dengan mantou. Tekak Melayu kan, mesti nak makan ikut selera kita. Versi omputeh boleh ditukar ke Asian Infused gitu. Chocolate dip tu sedap jugak. Sesuai untuk budak-budak. 

Pastu siap ada sandwich tuna mantou lagi dalam pilihan menu mantou adik ipar kita. Sedap tau…! Pandai beliau buat. Sesiapa yang stay area Bercham, Ipoh dan berdekatan. Bolehlah try order dengan adik ipar saya tu. Dia selalu promote dalam group Facebook and collect order. 

No comments:

Post a Comment

Setting blog ni adalah 'mobile view' bila dibaca guna phone. Kalau nak follow, boleh tekan "View web version" nanti jumpalah button "Follow" tu. Terima kasih singgah sini ☺️

Featured Post

POV: My Point of View

 POV: Get the sunlight for ✨a better mood✨ they said Bekal Dini & breakfast Ayah Dini pagini. Excited Dini dapat bekal cucur favourite d...

Popular Post