Thursday, April 30, 2026

POV: My Point of View

 POV: Get the sunlight for ✨a better mood✨ they said

Bekal Dini & breakfast Ayah Dini pagini. Excited Dini dapat bekal cucur favourite dia. Bawang and ikan bilis kena blender dulu, kalau nampak bentuknya dia taknak makan 😆 Don't judge my cucur yg penyek, tak reti la eh nak buat bulat2 hahaha. Chicken popcorn tu kita buat dinner semalam. Ada lagi tak habis semalam, jadi ratah mcm tu je makan dengan sos. Selalunya menu dinner tak sempat nak photoshoot akibat kekalutan dan kefenatan.

After budak 2 ketoi mandi and susu masing2, kita bawak gi strolling around the neighbourhood. Katanya kalau nak elokkan mood, pergilah walking and get the sunlight. Angkut je anak2 sekali, mungkin mood diorang pun akan lebih ceria. 

I love flowers 🌚 So everytime I found a beautiful flower, I snap a picture of it. Bunga Kebangsaan Malaysia, bunga raya atau hibiscus. Haritu terjumpa Hibiscus Tea orang jual kat Shopee. Nanti nak try la. Ada anti-inflammatory agent dalam tea ni. Baik untuk kesihatan. I suka tea tea ni sebab tea is definitely for my sani-tea ðŸĩ 

The sun shines so brightly this morning ✨

Lepas walking around, Adik nak main kat playground so singgah kejap. Kita siap bawak bekal air kosong ais dalam tumbler kita untuk minum. Kesian anak I berpeluh2 ikut Ommi jalan. Baguslah macam tu kan. Kalau terperap kat rumah je dia jugak kebosanan. Bila dah penat, dia ajak balik haha. Tau pulak dia penat.

Sampai rumah baru dia lapar. Makan roti coklat Gardenia 2 ketol tapi makan tengah je, tepi roti yang takde coklat dia tak makan. Baby makan biskut beras dia ðŸĐ· 

Slow-stimulation 90s cartoon show today is The Little Bear on YouTube Kids ▶️ 


Journaling ðŸĐ· Ada undated calendar dalam ni so kalau baru nak start journaling bulan 5 pun takde masalah hihi. Not for specific year. 


I love stickers for my journaling ðŸĐ· 

Kalau korang suka journaling atau baru nak start, bolehlah beli jugak kat Shopee. 

Nah link: 

Undated Mini Calendar

Stickers


Untuk anak2 yg sibuk nak "journaling" jugak haha

Treat myself something sweet and cold today. Be my own barista at home. Panas kat luar tu. Minum air berais sejukkan tekak. Buat sendiri kat rumah boleh kawal gula. Beli kat luar, dah half sugar pun masih manis leting.

Bolehlah buat rutin getting the sunlight every morning macam ni. Elok sikit mood rasa. Dapat jugak bakar kalori. 


Wednesday, April 29, 2026

POV: My Point of View

 POV: Thanks to my husband that I can be a ✨stay-at-home Mom✨

My every morning view ðŸą 
Bekal Dini

Be my own barista at home. Treat myself something sweet and cold in the morning because the weather is scorching hot even it's only 6 am. 

Menu sama je utk breakfast Ayah Dini selagi kaya tak habis 

Kita kerja ke kita surirumah ke, dua2 tak mudah. Beranak normal ke beranak caesar ke, dua2 sama sakit. Entahlah kenapa mulut sesetengah orang ni sentiasa rasa dia terpaling sampaikan terguris hati kita setiap kali jumpa.

Sekarang ni nak didik diri supaya let go kesedihan bila di-judge orang and lupakan semua. Trying to forgive, but access denied. Lebih baik mengelak jumpa daripada selalu jumpa. Buat sakit hati. 

Just trying to embrace life as a ✨ stay-at-home Mom ✨ and lebih bersyukur dengan rezeki yang Allah dah bagi ni dan lebih bersabar. Nak kurangkan merungut penat jaga anak dan lebihkan memori manis2 je untuk anak2.

Trying not to playing victims in motherhood. This is my life now and I have to keep calm and just follow the flow.

Nikmati slow living life sambil menjual Popia Big Mac Jumbo pada jiran jiran

Tuesday, April 28, 2026

POV: My Point of View

POV: Isteri & ibu mithali
ðŸĪŠ

Bekal Dini & breakfast Ayah Dini

 
Semalam sekolah Dini cuti peristiwa sempena sukan hari Sabtu lepas. Harini baru start sekolah semula minggu ni. Simple je bekalnya. Sebab dia kat sekolah kalau buat makanan berat, mesti tak habis atau tak sentuh langsung. Yang simple2 macam ni dia makan.

Balik sekolah nanti baru dia mintak makanan berat. Jadi macam tu je lah bekal sekolah dia hari2. 

Sedia bekal & breakfast pagini ditemani baby yang bangun awal setiap kali mak dia bangun. 

Teringat ada 1 perkongsian orang share pasal pagi2 mak2 ni before layan anak, kena isi dulu rohani dengan bersendirian dan buat something yang boleh menenangkan hati. Bila hati dan jiwa tenang, barulah boleh tenang melayan karenah anak yg macam2 sepanjang hari. Umphh anak2 saya boleh dengar ya kelopak mata saya ni terbukak 🙃

Sebab tu malas nak bukak sosmed. Taknak stress kepala dengan benda yang tak boleh nak diikut dan tidak berpijak pada bumi yang nyata hahaha. 

So kita just take a pinch of salt je la benda2 gini. I just want to protect my peace and believe that I already did enough. 

Sunday, April 26, 2026

POV: My Point of View

POV: Bila tengah moody + first day period after so long (first period lepas bersalin) & kau mencari sudut rumah yang nak kau kemas


Suka bilik terang benderang dengan natural lighting macam ni tapi paneh kome. Rumah kita takde aircond hahaha. Best je layan view sini. Malam pun cantik kadang2 nampak bulan.

Teringin nak pasang langsir yang 2 lapis tu. Yg ada jenis tebal dan jugak jenis see through tu tapi tak kesampaian lagi. Tengok je lah langsir tu sangkut mana haha. Railing tanggal eh anak2 i buat masa baru pindah sini tahun lepas. Diorang main kat langsir sampai roboh railing. Nasib baik ommi jumpa solution boleh sangkut sementara kat grill. Bertuah anak. 


Ada yang join layan view lepas siap kemas

Ada yang datang mengganggu gugat ketenangan nak layan view. Macam kucing perangai dia. Suka menyepahkan katil yg Ommi dah siap kemas tadi.

Dah siap kemas, tapi kopi buat pagi tadi dah sejuk. Jadi kita masukkan ais dalam gelas panjang + susu segar + kopi dalam cawan ni. Jadilah kopi susu ais penyejuk tekak dan pengelok mood haha

Sekian laporan hari ini. Berjumpa lagi kita pada laporan akan datang ðŸĐ·


Saturday, April 25, 2026

POV: My Point of View

 POV: Bila nak FOMO tapi takde geng & I just make it by myself at home instead

Takde kaya kat rumah, so ganti dengan cheese. Nanti husbank balik outstation nak mintak dia beli boleh buat untuk dia jugak

Teh hijau panas tanpa gula sebab dah banyak minum manis lately. Breakfast view anak tengah bergaduh.

Breakfast for the boys

The tired moment for me when you need to layan anak moody buat kerja sekolah sebab dah penat tapi degil taknak sambung esok. I tak pernah paksa dia buat sampai habis. Cuma, bila tengah teman buat kerja tapi dia moody and main2 kan kita, that's it. I stop. Suruh dia simpan buku. Dia merajuk masuk bilik dan now dah terlelap. I ni mak you tau, I know la bila you ok ke tak ok. Jangan degil boleh tak.

Anak kedua punya aktiviti. Yang ni pun boleh tahan perangai. Bukan reti nak bersopan santun bila kita cakap elok2. Lagi dia kacau Abang dia. Tinggi suara mak dah. 

30 mins of decluttering my room: Buang tudung yang dah taknak pakai. Barulah muat. Peraturannya, bila tak muat, jangan beli storage baru utk simpan yg tak muat. Buang yg dah jarang sangat pakai and dah taknak tu. Atau recycle. 

Lipmatte/lipstick/liptint yang banyak2 tu dpt free je bila beli skincare. Nak buang tadi tp mcm sayang pulak. Pakai je la kat rumah buat feeling feeling.

Clear dah sikit my room. Tenang dan lapang rasa hati. Tadi husband tanya buat apa. Kita cakaplah kemas bilik buang barang tak guna. Pastu dia cakap "Lahhh kata penat kan rehatlah, buat apa mengemas 😅"

Tu je yg boleh buat kepala kita tenang sikit and dapat distract diri daripada asyik sedih dan moody. 


Friday, April 24, 2026

POV: My Point of View

POV: I have a baby & a toddler at the same time

6.05 am: Preparing Dini's lunch box & husband's breakfast. Meanwhile, my baby awake already & my 2nd born also bangun nangis2 mintak susu botol dia.


7.22 am: Nak ikut Ayah pergi hantar Abang tapi dah berak tak boleh ikut sebab kena mandi. Tantrum dia masa mandi. Dah siap mandi pakai baju dia nangis lagi sebab tengok Ayah and Abang dah gerak. Ngamuk nangis sampai terbatuk2 dan muntah. Baju kotor kena muntah. Ommi nangis2 jugak stress dan letih sambil mop lantai dan tukar balik baju dia.

8.10 am: Sambil abang kedua dia and Ommi nangis, baby pun nangis sebab dah berak dan kena mandi. Setel mandi, susu dan nap pagi. Abang kedua Ommi pasangkan tv dia untuk bagi kami bertiga semua dapat tempoh bertenang. Sambil Ommi mengadu sedih penat dan stress kat Ayah. 

9.35 am: Baby dah tido, mengadu kat husband teringin nak makan Nasi Kerabu Moksu Presint 14 nak order kat Shopee Food je. Letih mental harini taknak masak. Breakfast pun tak sempat. Sedih. Tapi tak muncul kat Shopee Food, so husband kata takpe nanti dia belikan lepas habis meeting. Pergi alas perut dulu. Masuk keropok lekor dalam air fryer dah siap ajak anak kedua makan.

12.16 pm: Sik kabu I sampai dah. Husband keluar jap dari office pergi tapaukan. Makan lu sementara anak kedua dah terlelap.

1.03 pm: Datin Sri (Mama) dengan anak bongsu dia tetiba bagitau nak singgah rumah bawak makanan. Apa lagi kelang kelus i siapkan meja. Hahaha. Kita buat teh o panas, husband sempat tapau cendol sekali.

1.37 pm: Deme dari Slim River tadi pergi singgah Bangi beli Roti Puri dan Nasi Ambeng kat Seksyen 3. Mama ngidam ler tuuu. Dulu dia pernah duduk Bangi kejap dengan kakak sulung. Saja datang singgah nak jenjalan katanya. Untungler dah pencen, bila2 masa boleh jenjalan. Haha. Ada driver pulak tu (anak bongsu yg masih bujang).

7.23 pm: Petang tadi dah mandi before nak ambik Abang dia balik sekolah sebab dia keluarkan anu dia dari pampers habis terkencing basah baju. Pastu time maghrib tadi dia buat lagi. Nangis i sebab penat ðŸ˜Ĩ Tetamu pun dah gerak balik.

9.52 pm: Ayah dah gerak outstation lagi. Semua tunggu kot nampak Ayah lalu kat bawah. Anak kedua nangis kat pintu tengok Ayah diorang pergi. Ommi pun nangis gak.

Too tired today to do night reset after my kids asleep. I'm just laying down with my baby girl and cry until I fall to sleep.

Thursday, April 23, 2026

POV: My Point of View

POV: I have no friends to have some tea-time or coffee-talk & I make my own comfort drinks at home & trying to really enjoy it by myself

BOH Iced Cocoa Tea Latte 🧊 : Creamy, fluffy, sweet and mild. I don't drink strong coffee, so I drink latte instead. Featuring my favourite, non-aesthetic tumbler yg penutup dia dah pecah anak kedua buat 😅 Macam2 eh ko anak.

Saya beli 3-in-1 dia je kat Official Store Shopee BOH. Nak top up my BOH Teh Wangi Ros tapi ternampak yg ni baru launch macam sedap je. Sedap la jugak kalau sejuk. Kalau panas mcm mabuk minum haha.

Nah link: BOH Cocoa Tea Latte

Teh Tarik Kaw: By my husband. Sejak pandai buat sendiri kat rumah, I tak craving mamak punya teh tarik dah ahaha sedap teruk!


BOH Teh Ros Wangi Panas: Rasa nak minum air panas tapi taknak manis so kita bancuh teh ni tanpa gula. Featuring my cutey little pink and green pau tu.


My cutey little pau beli kat pasaraya


Being a houseWife & a stay-at-home Mom for 8 years already. I got no friends anymore. Kalau ajak keluar pun selalu kecewa. Kalau mesej pun orang dah tak layan. Yelah, masing2 ada life sendiri yang nak diatur. Masing2 dah move on dengan kehidupan sekarang. 

The thing is, now I begin to embrace my own life and just enjoy vibing alone. There's a bliss in it. Being alone doesn't mean I need to feel lonely. I have my 3 children always making my heart full. Full with love & chaos. 

Tuesday, April 21, 2026

POV: My Point of View

 POV: I'm a houseWife & a stay-at-home Mom & my days look like this when my husband is not around (outstation for days)

6.10 am: Bekal sekolah anak pertama

10.51 am: Let them watch 90s cartoon (slower-stimulation) show to reset their ability to focus

12.37 pm: Simple lunch/dinner sebab makan sorang je uhuu


7.47 am: Ayah takde, Ommi hantar pagi2 angkut sekali 2 ketoi tu

4.23 pm: Anak kedua yang sangat mencabar menjaganya. Harini terkencing kat tilam, lepas tu termuntah pulak masa tengah syok main. Kacau baby sampai nangis. Macam2 ya.

6.56 pm: Supposed to be my chill time with my baby girl but my 2nd born decide to make "onar" at the living room that makes me cried

9.41 pm: The kids are finally asleep and I see a beautiful crescent moon out the window

10.28 pm: Living room reset. Toys in the basket. Nothing on the dining table. Switch off tv because tv deserved rest too. No clutter allowed. Everything has their own 'home'. Lights off & lampu raya on because it's pleasant to the eyes ðŸĐ·

10.55 pm: Kitchen night reset. Sinki clear. Table top dilap. Sampah dibuang. Kitchen appliances disusun semula. Unplug all the electrical appliances. Because waking up in a tidy home calms my nervous system. Tidy je, not perfectly clean. Kitanya takdelah perfectionist sangat. Kadang tu ada je pejam sebelah mata. Janji tak selerak.

11.22 pm: Bila dah ada anak kecik ni, dapat solat dengan tenang tu pun rezeki tau



11.35 pm: Clean my face with micellar water. Sheet mask on for 20 mins. Brushing my hair slowly like Disney princesses. Apply lotion on my hands, feets and elbows. Perfume sikit. Self-care to fall in love with myself again ðŸĐ·

12.01 pm: Phone left in the other room to let myself having complete rest, no doomscrolling before sleep. Good night ðŸ’Ī

Monday, April 20, 2026

First morning without husband for this week

Bekal sekolah anak pertama

Macam tu je la bekalnya. Kalau buat makanan berat, selalu tak habis atau tak sentuh langsung. Padahal sekolah sampai kafa petang. Dah masuk bulan ke 4 persekolahan ni, kita bekalkan yg mudah2 je. Macam ni baru dia makan walaupun kadang2 tak habis pun. 

Cuaca panas sekarang kan, sekolah pulak tengah busy bersukan. Jadi dia beli air coklat ais je selalunya. Kesian anak2 kepanasan dan dahaga. 

Anak kedua tadi lepas hantar abang dia, dia taknak masuk kereta balik. Mungkin sebab dia ingat kita nak bawak jalan. Pergilah petik buah kecik kat pokok tepi pagar sekolah tu untuk pujuk dia. Barulah nak ikut balik.

Sampai rumah, sibuk tunjuk dapur. Lapar la tu. Tapi offer apa pun tak mau. Letih mental layan anak memilih makan ni. Sebelum pergi sekolah tadi je dah susu sebotol.

Si baby pukul 5.30 dah bangun tolong ketang ketung kat dapur. Pastu pagi2 dah memerut. Nasib harini sempat solat Subuh. Kadang2 tu kalut sangat solat pun tak sempat dah. Know2 dah naik matahari. 

Baby ngantuk balik dah nak mengempeng tido. Sekian cerita pagi hari ini. Alhamdulillah I survived day 1 without their dad. I am sleepy and hungry. Kena tunggu baby tido lena baru boleh pergi dapur and makan pulak. 

Sunday, April 19, 2026

Alone with my kids..

Purple Gift Box


My husband dah gerak outstation siang tadi. Sampai Rabu ni. And now I'm all alone with my 3 kids. Sangat mencabar nak jaga semua. Semua ada perangai masing2.

Kita ni jenis manja, clingy dgn husband. I don't like perpisahan jauh dan berhari macam ni. Mulalah gelisah tak tentu hala. Mood pun kelaut. Easily irritated dek anak2. Mudah nak marah. 

Memang selalunya tak terlayan sorang2 semua ni. Sebab tu bila husband outstation mcm ni kita jadi tak tentu arah tak reti nak tenang. 

Ni pun masing2 baru terlelap setelah beberapa siri ketantruman dan onar masing2. Nak makan pun terganggu sedangkan semua dah kulayan awal2 tadi.

Esok yg sulung sekolah. Kena bangun awal tapi saya masih disini. Baring dikatil dengan si baby. Tak tau nak setel kerja apa dulu. Tengah jem kepala.