Friday, May 29, 2026

Aiskrim Roti by the Beach

 

Dah lama tak makan aiskrim roti

Lepas asar semalam, panas betul cuaca. Anak-anak bila dah bangun nap semua tak reti diam. Jadi Ayah Dini ajak jenjalan ke Tanjung Balau. Kalini tak mandi pantai. Makan aiskrim tepi pantai je sejukkan tekak and layan angin petang. 

Ramai orang datang piknik and mandi pantai. Pantainya tenang dan landai. Takde ombak yang kuat. Ada yang berbarbeque. Nak masuk Tanjung Balau kena bayar RM3. Ada toilet dan tempat mandi.

Nampak ada yang main layang-layang, bubble dan jugak bawak ATV tepi pantai. Syok jugak. Tapi dengar baywatch kata pukul 6.30 pm takleh mandi laut dah. Toilet pun sampai pukul 7pm je. 

Tempatnya bersih terjaga. Dan tenang jugak walaupun ramai orang semalam. Saya tak kisah, sebab tak suka mandi laut. Prefer duduk tengok pantai je dengan layan angin laut. 

Nak ootd semalam tak boleh. Kalau dah cuaca terlalu panas, nak bersiap pun malas. Pakai tudung sarung dengan bare face je mampu. Adoi tak larat nak bersiap kalau berpeluh2 🥵 Masuk kereta rasa nyaman sikit sebab ada aircond. Haha. 

Itu je aktiviti petang semalam. Tujuan nak isi minyak and beli makanan dekat Bandar Penawar je sambil menyejukkan diri dan menenangkan anak-anak 😂