Wednesday, June 10, 2026

Bubur Pedas Sarawak

Rindu dengan Sarawakku sayang. Dah lama tak balik Kuching. Last balik sana tahun 2014 dengan family. 



Gambar ni diambil pada 27 Februari 2026 yang lepas. Masa kita tengah dalam bulan Ramadan. Balik dari kerja, husband singgah Bazar Ramadan yang dekat dengan Masjid Besi Putrajaya tu and terjumpa gerai jual Bubur Pedas Sarawak ni. 

Dia pun belikan sebab nak try. Saya pun dah lama tak merasa makan bubur ni. Sedaplah jugak. Mengimbau kenangan masa kecik di negeri tempat asalku 🩷

Apa itu Bubur Pedas Sarawak?




Dimasak menggunakan beras yang disangai terlebih dahulu. Jadi rasa dia ada sedikit smokey. Ada ulam-ulaman dimasak sekali. Yang dijual di bazar tu dia ada letak isi daging. Sedap. 

Mama saya dulu pun selalu buat. Lama kan dia tinggal di Kuching sejak berusia 22 tahun lagi. Berkahwin dengan arwah Bapak saya dan terus ikut tinggal sana sampailah dia pencen pada tahun 2013. 

Sebab tu banyak hidangan Sarawak yang Mama pandai buat sendiri dah. Cuma dah lama sangat dah dia tak buat. 

Saya hanya pandai buat Laksa Sarawak je. Yang lain tak pass 😆

Harapan dan Impian

Moga satu hari nanti, saya berpeluang untuk terbang ke Kuching sekadar untuk melepas rindu dengan tempat lahir. Banyak kenangan yang nak diimbau. Saya lahir dan membesar di Kuching sampai umur 17 tahun. 

Lepas tu, sambung belajar di Perak dan Terengganu. Bekerja di Selangor. Berkahwin dengan orang Johor dan kini menetap di Putrajaya. 

Mama dah tak tinggal di Kuching. Dah balik ke tempat asalnya iaitu negeri Perak for good. Jadi kami semua tak balik Kuching dah lebih2 lagi lepas arwah Bapak dah takde.