Monday, November 30, 2026

Roti Air Fryer



Akibat suka sangat tengok omputeh buat Cinnamon Rolls kat Reels, kita pun jadi teringin nak buat. Tapi taklah terus buat Cinnamon Rolls, praktis buat roti dia dulu. Selepas beberapa kali try, baru menjadi roti saya 😍

Disebabkan takde oven kat rumah, dah buang sebab dah rosak. Try2 je la guna air fryer, eh eh menjadik dia. My home smells like a bakery. Baru belajar buat roti kosong je la dulu. Nak try buat sampai pandai jadi lebih lembut dan gebu. Barulah cinnamon rolls kita sedap.

Yg kita buat ni menjadi la tapi tekstur dia tak lembut sangat. Apapun, happy dapat buat roti sendiri kat rumah 😁