Saturday, September 27, 2025

Pantang Day 18


Know know dah hari ke 18 kita berpantang. And harini adalah hari ke 9 berurut. Rasa badan lebih kuat and sihat dah. Alhamdulillah. Cuma ada la part tulang pungkok dengan peha ni rasa macam lari betul alignment. 

Ada lagi 8 hari sesi berurut dan bertungku dengan Acik CL saya tu. InsyaAllah moga lepas 8 hari nanti makin okay la rasa badan ni. Nak kena jaga 3 anak kecilku perlu tenaga yang banyak 😆

Kalau badan rasa sakit lenguh sana sini auto tenaga pun takde. Ini agaknya kelebihan berurut selalu. Tak kira masa berpantang ke atau masa tak berpantang.

Ini makanan pantang husband kita masakkan 🩷🫰🏻 Sedap dooh. Macam ni pun dah berselera.

Hmm zaman sosial media ni jadi risau bila post nak share pasal hidup kita. Risau apa orang kata, risau dengan apa orang akan fikir dan salah anggap pasal diri kita.

Ni kita share pasal husband masak pun akan jadi risau. Risau apa orang fikir. Especially orang yang suka kata kita beban pada suami sebab tak kerja. Huuu zaman sekarang ni benda macam ni pun orang boleh jadi benci kat kita. Padahal suami kita ok je.

Takpelah. Kengkadang tu boring gak, tengok jugak facebook sekejap. Tapi lepas ni tak boleh dah la share pasal life sangat kat facebook and whatsapp story tu dah. Kang ada jadi bahan kebencian je orang kat kita kang. Baik diam-diam je la kan. 

Duk je kat blog ni kot. Zaman sekarang orang tak tengok blog dah. 

Monday, September 15, 2025

Pantang Day 6




Dah pantang hari ke-6 barulah dapat share makanan pantang kita hihi. Cooked by husband 🫰🏻🩷

Kita jenis tak cerewet sangat. Makan je apa husband masak, apa yang hospital bagi semua kita makan je. Yang penting makanan seimbang dengan sumber tenaga, protein dan juga sayuran/buahan.

Malas nak argue benda tu boleh makan ke, ini boleh makan tak. Kecuali timun and sengkuang, saya tak boleh makan dua ni dalam pantang. Sebab pernah kena demam lepas makan. 

As long as takde allergic dengan makanan tu, kita makan je. Tapi tetap jugaklah refer kepada orang-orang tua. Yang mana kita boleh ikut, kita ikut. Gittew. 

Menu harini:

🐠 Ikan bawal sup

🥬 Sawi

🍅 Tomato

🥒 Peria goreng adik ipar belikan

🐟 Ikan bilis goreng rangup

Kuning baby masihlah tak turun sangat. Semoga taklah sampai kena warded or prolonged jaundice. Doakan ya 🤲🏻

Friday, September 12, 2025

Kek Marble Pisang Coklat



Kita order kat jiran kek ni. Memang sedap sangat 😍 Makan tepi hujung je pun dah sedap ya. Yang tengah-tengah je kita ambik untuk jamu kawan ofis husband makan. Nak mintak doakan urusan bersalin kita dipermudahkan. Semoga baik-baik saja semuanya.

Ini bakers yang sama saya order kek batik untuk anniversary kami haritu hihi. Berbakat sungguh la buat kek. Tak kedekut bahan langsung. Harga sangat berpatutan ya 👍🏻

Husband pulak order soto untuk jamu kawan ofis dia. Dengan tujuan yang sama. Husband dulu yang berniat nak jamu makan, pastu kita nak join sekali tapi order dessert sedap je lah. 

Moga Allah swt permudahkan urusan bersalinku nanti 🤲🏻

Sebenarnya, post entry kita ni scheduled. Maybe time post ni di auto post kan, kita dah bersalin dah pun. Hihi. Sebab kadang-kadang je ada mood menaip. Sekali datang mood, dua tiga post kita buat cuma scheduled kan bagi tiap hari la ada post. Kita taknak update blog berlonggok terus. 

Dan semuanya tentang makanan 😍 Because I'm a foodie. I love foods 🫰🏻🩷

Kita dah tengok sangat sosial media kita. Facebook ada cuma tak install apps kat phone. Guna web je. Instagram dah off. Twitter dah off. Tiktok memang takde sebab tak suka. Kita ada whatsapp status je rajin update kalau ada mood. Hihi. 

So kita jadikan blog ni as my food diary buat kenang-kenangan. Setakat ni konsisten je pasal makanan semuanya 😂 Macam takde mood nak letak hal peribadi kat sini. 

Sebenarnya tenang hati tak tengok sosial media ni. Dah hampir setahun saya off semua. Tengok pun setakat hilang bosan. Saya penat dengan sosial media. Nak share apapun jadi tak duka jugak dah. 

Sekarang ni just try memupuk tabiat membaca buku and tengok tv je untuk info dan berita semasa. Bisnes pun kat Shopee je. Bisnes kecil-kecil je takde gempak sangat. Ni pun stop kejap bisnes sebab tak larat hihi 

Tapi sekarang agak bingung jugak bukak Shopee tu sebab dia ada video format macam reels. Tatit paler kita tau. Tap je Shopee terus masuk live/video, tak suka betul. Annoying!

Itu je lah nak cerita. Jumpa lagi next post!

Thursday, September 11, 2025

Char Kuey Teow Udang dan Kerang


 🧑🏻‍🍳 Cook by husband

Fuhh rajin betul suami I memasak. Ada je yang dia teringin nak try masak sendiri. Lagi puas katanya bila makanan yang agak mahal di kedai dia dapat buat sendiri je kat rumah. 

Gigih saya tengok dia belajar resepi dari YouTube Che Nom hihi. Memang sedap. Rencah char kuey teow dia sampai boleh buat simpan dalam peti. Lepas ni boleh buat lagi.

Tinggal beli bahan je macam isi kerang ke, isi udang ke, taugeh and daun kucai. 

Wednesday, September 10, 2025

Burger Malaysia

 


Haritu kan teringin sangat nak makan kuih ni. Tapi susah nak jumpa. Lagipun kita ni kan surirumah, jarang keluar ke tempat-tempat jualan ke pasar ke nak dapatkan kuih ni. Selalu barang dapur ke apa kirim kat husband je beli.

Tapi, kebetulan ada check up kat Pusat Bersalin Berisiko Rendah Presint 8, ada yg jual kat bawah area playground. Ya ampun sedappp! 

Saiznya besar, sambalnya tak kedekut, ada timun bentuk bulat ketebalan memuaskan. Tepung donut yg gebu sedap dan tak keras.

MasyaAllah rasa bersyukur betul pada Allah swt yang merezekikan kita dengan kuih burger Malaysia yang betul-betul sedap masa ni 😍

Thank you Allah SWT, bersyukur sebab selalu dikabulkan permintaan walau hanya sekecil-kecil perkara 🩷

Tuesday, September 9, 2025

Salted Egg Buttermilk Chicken

 


🧑🏻‍🍳 Cook by husband

Kita paling suka Salted Egg Buttermilk Chicken yang husband masak. Yang kat kedai semua tak menepati citarasa kita. Ada yg kuahnya manis sangat, ada yg cair sangat, ada yg bland tak rasa apa. Semua tak sedap.

Yang husband kita masak je yang kita suka 🥰

🥦 Ada broccoli 

🍄 Ada cendawan butang

🌶️ Cili padi 

🍳 Kuning telur masin

🍗 Ayam goreng dengan tepung bestari pedas 

Sedap oi makan dengan nasi putih. Puas makan kalau husband yang masak. Kita ada pernah masak jugak tapi lagi sedap husband masakkan 😍

Monday, September 8, 2025

Sagu Gula Melaka Susu Cair



Haritu kan tetiba teringin sagu gula melaka. Tengok bahan semua ada, kita buatlah sendiri. Yums. Tapi kita nak yg makan dengan susu cair, taknak yang santan. 

Daun pandan banyak tau husband kita beli, itu yang terfikir nak buat. Kesian tengok biji sagu warna hijau ni kesepian tak disentuh 😂

Sedapnya makan sejuk2. Tadi kemas-kemas kabinet dapur, terjumpa lagi biji sagu putih. Susu cair dengan air gula melaka tu masih ada dalam peti. Bolehlah kita masak lagi biji sagu tu and guna pewarna merah and kuning pulak lepas ni.

Aaaaa 😍 Sedapnya! Mesti cantik warna dia. 

Sebenarnya tak minat sangat pun sagu gula melaka ni. Tak pernah mencarik. Tapi si baby dalam perut ni memang suka meminta benda yg kita jarang suka nak makan 😂

Begitulah pembawakan kanak2 rupanya ya. 

Sunday, September 7, 2025

Sayur Tauge Masak Lemak Putih

 


Antara cara masakan sayur yang saya suka adalah masak lemak putih 🥰 I love sangat kalau menu ni makan dengan ayam goreng ke ikan goreng ke telur masin ke telur dadar ke. Menu protein yg simple ditambah dengan sambal belacan. 

MasyaAllah guys, sedap terukkk makan dengan nasi putih. 

🧑🏻‍🍳 Cook by me

Saya kan suka sayur warna warni macam ni. The more colours, the merrier gitu. Loads of vitamins and goodness!

🫘 Bean sprouts / tauge-ther

🥕 Carrot

🌰 Bawang merah

🌱 Daun kucai

🌶️ Cili padi merah

Banyakkan warna? Nampak cantik je.

Saturday, September 6, 2025

Nasi Lemak Sambal Udang





Cantik molek rupa paras sambal udang husband kita harini 🫰🏻🩷 Cukup garing, cukup rasa. 

Nasi lemak kita yang tolong masakkan. Kita sous chef je 😝 Assistant di dapur harini. 

Tolong cuci cili kering kerinting dengan cili kering besar yang tak pedas tu. Rendam cili dengan air panas.

Kita tolong potong timun, kupas telur, belah telur. 

Baru harini tau, nak ikan bilis tu jadi rangup, gaul dengan tepung jagung sebelum goreng. Husband google tips dia kata. 

Kalini taknak sambal yang terlalu pedas takut kita sakit perut. Tu yang guna cili kering besar tu. Puas makan bila masak sendiri.

🫄🏻 Tak lama dah ni nak admit hospital, nak keluar dah baby dalam few days lagi. Doakan semoga dipermudahkan semuanya ya 🤲🏻

Thursday, September 4, 2025

Sup Tulang Ala Thai





Minggu lepas, Mama kita datang bermalam kat rumah. Dia nak join Abang kita and family tengok raptai perbarisan kat Dataran Putrajaya. Kakak ipar kita join perbarisan tahun ni. 

Jadi husband kita masakkan la Sup Tulang Ala Thai special for Mama kita. Siap ada buah-buahan tembikai yang sedap beli kat Hero Market kat Hotel Dorsett sini. 

Daging, urat and bahagian tulang masak guna pressure cooker. Jadi lembut sangat sedap je rasa macam jelly. Rasa sup ala Thai ni masam-masam sikit sebab ada tambah jus limau 🍋‍🟩 

Sedappppp 🤤 

Wednesday, September 3, 2025

Happy Anniversary 1 September

Anniversary kalini tak kemana. Celebrate kat rumah je. Diam-diam kita order kek batik daripada jiran home bakers kita. Saja nak surprise husband kita. Sedap jiran buat. Alhamdulillah. Rasa koko yang pekat dan likat. Kek batik yang tak keras. Tebal pulak tu dia buat. Berbaloi dengan harganya 💜🩷



Husband pulak masak macam kedai toye sempena anniversary kalini. Nasi butter, paprik ayam, telur dadar with salad. Sedap sangat 😍



Macam kedai toye kan husband kita masak kalini 😂 Kita dah sarat. Lagi seminggu je nak bersalin dah. Sebab tu tak kemana 1 September lepas. Hari Merdeka tu pulak husband bawak Dini pergi tengok perbarisan kat Dataran Putrajaya. Penat sangat dah masing-masing. Kita tak ikut. Tengok kat tv je. Tapi dapat nampak la jet, helikopter, kapal terbang lalu dari tingkap. Heeee. 

Featured Post

Adik's 2nd Birthday

Birthday anak kedua saya tu Oktober lepas. Baru terasa nak share gambar dalam blog ni. Celebrate kat rumah je memandangkan masa tu kita teng...

Popular Post