Saturday, April 25, 2026

POV: My Point of View

 POV: Bila nak FOMO tapi takde geng & I just make it by myself at home instead

Takde kaya kat rumah, so ganti dengan cheese. Nanti husbank balik outstation nak mintak dia beli boleh buat untuk dia jugak

Teh hijau panas tanpa gula sebab dah banyak minum manis lately. Breakfast view anak tengah bergaduh.

Breakfast for the boys

The tired moment for me when you need to layan anak moody buat kerja sekolah sebab dah penat tapi degil taknak sambung esok. I tak pernah paksa dia buat sampai habis. Cuma, bila tengah teman buat kerja tapi dia moody and main2 kan kita, that's it. I stop. Suruh dia simpan buku. Dia merajuk masuk bilik dan now dah terlelap. I ni mak you tau, I know la bila you ok ke tak ok. Jangan degil boleh tak.

Anak kedua punya aktiviti. Yang ni pun boleh tahan perangai. Bukan reti nak bersopan santun bila kita cakap elok2. Lagi dia kacau Abang dia. Tinggi suara mak dah. 

30 mins of decluttering my room: Buang tudung yang dah taknak pakai. Barulah muat. Peraturannya, bila tak muat, jangan beli storage baru utk simpan yg tak muat. Buang yg dah jarang sangat pakai and dah taknak tu. Atau recycle. 

Lipmatte/lipstick/liptint yang banyak2 tu dpt free je bila beli skincare. Nak buang tadi tp mcm sayang pulak. Pakai je la kat rumah buat feeling feeling.

Clear dah sikit my room. Tenang dan lapang rasa hati. Tadi husband tanya buat apa. Kita cakaplah kemas bilik buang barang tak guna. Pastu dia cakap "Lahhh kata penat kan rehatlah, buat apa mengemas 😅"

Tu je yg boleh buat kepala kita tenang sikit and dapat distract diri daripada asyik sedih dan moody. 


Friday, April 24, 2026

POV: My Point of View

POV: I have a baby & a toddler at the same time

6.05 am: Preparing Dini's lunch box & husband's breakfast. Meanwhile, my baby awake already & my 2nd born also bangun nangis2 mintak susu botol dia.


7.22 am: Nak ikut Ayah pergi hantar Abang tapi dah berak tak boleh ikut sebab kena mandi. Tantrum dia masa mandi. Dah siap mandi pakai baju dia nangis lagi sebab tengok Ayah and Abang dah gerak. Ngamuk nangis sampai terbatuk2 dan muntah. Baju kotor kena muntah. Ommi nangis2 jugak stress dan letih sambil mop lantai dan tukar balik baju dia.

8.10 am: Sambil abang kedua dia and Ommi nangis, baby pun nangis sebab dah berak dan kena mandi. Setel mandi, susu dan nap pagi. Abang kedua Ommi pasangkan tv dia untuk bagi kami bertiga semua dapat tempoh bertenang. Sambil Ommi mengadu sedih penat dan stress kat Ayah. 

9.35 am: Baby dah tido, mengadu kat husband teringin nak makan Nasi Kerabu Moksu Presint 14 nak order kat Shopee Food je. Letih mental harini taknak masak. Breakfast pun tak sempat. Sedih. Tapi tak muncul kat Shopee Food, so husband kata takpe nanti dia belikan lepas habis meeting. Pergi alas perut dulu. Masuk keropok lekor dalam air fryer dah siap ajak anak kedua makan.

12.16 pm: Sik kabu I sampai dah. Husband keluar jap dari office pergi tapaukan. Makan lu sementara anak kedua dah terlelap.

1.03 pm: Datin Sri (Mama) dengan anak bongsu dia tetiba bagitau nak singgah rumah bawak makanan. Apa lagi kelang kelus i siapkan meja. Hahaha. Kita buat teh o panas, husband sempat tapau cendol sekali.

1.37 pm: Deme dari Slim River tadi pergi singgah Bangi beli Roti Puri dan Nasi Ambeng kat Seksyen 3. Mama ngidam ler tuuu. Dulu dia pernah duduk Bangi kejap dengan kakak sulung. Saja datang singgah nak jenjalan katanya. Untungler dah pencen, bila2 masa boleh jenjalan. Haha. Ada driver pulak tu (anak bongsu yg masih bujang).

7.23 pm: Petang tadi dah mandi before nak ambik Abang dia balik sekolah sebab dia keluarkan anu dia dari pampers habis terkencing basah baju. Pastu time maghrib tadi dia buat lagi. Nangis i sebab penat 😥 Tetamu pun dah gerak balik.

9.52 pm: Ayah dah gerak outstation lagi. Semua tunggu kot nampak Ayah lalu kat bawah. Anak kedua nangis kat pintu tengok Ayah diorang pergi. Ommi pun nangis gak.

Too tired today to do night reset after my kids asleep. I'm just laying down with my baby girl and cry until I fall to sleep.

Thursday, April 23, 2026

POV: My Point of View

POV: I have no friends to have some tea-time or coffee-talk & I make my own comfort drinks at home & trying to really enjoy it by myself

BOH Iced Cocoa Tea Latte 🧊 : Creamy, fluffy, sweet and mild. I don't drink strong coffee, so I drink latte instead. Featuring my favourite, non-aesthetic tumbler yg penutup dia dah pecah anak kedua buat 😅 Macam2 eh ko anak.

Saya beli 3-in-1 dia je kat Official Store Shopee BOH. Nak top up my BOH Teh Wangi Ros tapi ternampak yg ni baru launch macam sedap je. Sedap la jugak kalau sejuk. Kalau panas mcm mabuk minum haha.

Nah link: BOH Cocoa Tea Latte

Teh Tarik Kaw: By my husband. Sejak pandai buat sendiri kat rumah, I tak craving mamak punya teh tarik dah ahaha sedap teruk!


BOH Teh Ros Wangi Panas: Rasa nak minum air panas tapi taknak manis so kita bancuh teh ni tanpa gula. Featuring my cutey little pink and green pau tu.


My cutey little pau beli kat pasaraya


Being a houseWife & a stay-at-home Mom for 8 years already. I got no friends anymore. Kalau ajak keluar pun selalu kecewa. Kalau mesej pun orang dah tak layan. Yelah, masing2 ada life sendiri yang nak diatur. Masing2 dah move on dengan kehidupan sekarang. 

The thing is, now I begin to embrace my own life and just enjoy vibing alone. There's a bliss in it. Being alone doesn't mean I need to feel lonely. I have my 3 children always making my heart full. Full with love & chaos. 

Tuesday, April 21, 2026

POV: My Point of View

 POV: I'm a houseWife & a stay-at-home Mom & my days look like this when my husband is not around (outstation for days)

6.10 am: Bekal sekolah anak pertama

10.51 am: Let them watch 90s cartoon (slower-stimulation) show to reset their ability to focus

12.37 pm: Simple lunch/dinner sebab makan sorang je uhuu


7.47 am: Ayah takde, Ommi hantar pagi2 angkut sekali 2 ketoi tu

4.23 pm: Anak kedua yang sangat mencabar menjaganya. Harini terkencing kat tilam, lepas tu termuntah pulak masa tengah syok main. Kacau baby sampai nangis. Macam2 ya.

6.56 pm: Supposed to be my chill time with my baby girl but my 2nd born decide to make "onar" at the living room that makes me cried

9.41 pm: The kids are finally asleep and I see a beautiful crescent moon out the window

10.28 pm: Living room reset. Toys in the basket. Nothing on the dining table. Switch off tv because tv deserved rest too. No clutter allowed. Everything has their own 'home'. Lights off & lampu raya on because it's pleasant to the eyes 🩷

10.55 pm: Kitchen night reset. Sinki clear. Table top dilap. Sampah dibuang. Kitchen appliances disusun semula. Unplug all the electrical appliances. Because waking up in a tidy home calms my nervous system. Tidy je, not perfectly clean. Kitanya takdelah perfectionist sangat. Kadang tu ada je pejam sebelah mata. Janji tak selerak.

11.22 pm: Bila dah ada anak kecik ni, dapat solat dengan tenang tu pun rezeki tau



11.35 pm: Clean my face with micellar water. Sheet mask on for 20 mins. Brushing my hair slowly like Disney princesses. Apply lotion on my hands, feets and elbows. Perfume sikit. Self-care to fall in love with myself again 🩷

12.01 pm: Phone left in the other room to let myself having complete rest, no doomscrolling before sleep. Good night 💤

Monday, April 20, 2026

First morning without husband for this week

Bekal sekolah anak pertama

Macam tu je la bekalnya. Kalau buat makanan berat, selalu tak habis atau tak sentuh langsung. Padahal sekolah sampai kafa petang. Dah masuk bulan ke 4 persekolahan ni, kita bekalkan yg mudah2 je. Macam ni baru dia makan walaupun kadang2 tak habis pun. 

Cuaca panas sekarang kan, sekolah pulak tengah busy bersukan. Jadi dia beli air coklat ais je selalunya. Kesian anak2 kepanasan dan dahaga. 

Anak kedua tadi lepas hantar abang dia, dia taknak masuk kereta balik. Mungkin sebab dia ingat kita nak bawak jalan. Pergilah petik buah kecik kat pokok tepi pagar sekolah tu untuk pujuk dia. Barulah nak ikut balik.

Sampai rumah, sibuk tunjuk dapur. Lapar la tu. Tapi offer apa pun tak mau. Letih mental layan anak memilih makan ni. Sebelum pergi sekolah tadi je dah susu sebotol.

Si baby pukul 5.30 dah bangun tolong ketang ketung kat dapur. Pastu pagi2 dah memerut. Nasib harini sempat solat Subuh. Kadang2 tu kalut sangat solat pun tak sempat dah. Know2 dah naik matahari. 

Baby ngantuk balik dah nak mengempeng tido. Sekian cerita pagi hari ini. Alhamdulillah I survived day 1 without their dad. I am sleepy and hungry. Kena tunggu baby tido lena baru boleh pergi dapur and makan pulak. 

Sunday, April 19, 2026

Alone with my kids..

Purple Gift Box


My husband dah gerak outstation siang tadi. Sampai Rabu ni. And now I'm all alone with my 3 kids. Sangat mencabar nak jaga semua. Semua ada perangai masing2.

Kita ni jenis manja, clingy dgn husband. I don't like perpisahan jauh dan berhari macam ni. Mulalah gelisah tak tentu hala. Mood pun kelaut. Easily irritated dek anak2. Mudah nak marah. 

Memang selalunya tak terlayan sorang2 semua ni. Sebab tu bila husband outstation mcm ni kita jadi tak tentu arah tak reti nak tenang. 

Ni pun masing2 baru terlelap setelah beberapa siri ketantruman dan onar masing2. Nak makan pun terganggu sedangkan semua dah kulayan awal2 tadi.

Esok yg sulung sekolah. Kena bangun awal tapi saya masih disini. Baring dikatil dengan si baby. Tak tau nak setel kerja apa dulu. Tengah jem kepala. 

Wednesday, April 15, 2026

Slowing Down

Popia Big Mac Jumbo Frozen


Lately, I'm being 'too loud' on my whatsapp story. I think I am oversharing everything. Just in the mood for that for these few days. But, today I just wanna stay low-key. Tired pulak rasa.

I'm now always find time to declutter part of my home. Spent masa 30 mins cmtu je utk 1 bahagian rumah. Kalau nak spring cleaning mmg time-consuming. Takkan jadi punya kalau ada anak2 sekali ni. Sebab tu tiap hari buat sikit2. 

Bila jumpa ramai yg share content tentang decluttering and slow living at home, baru kita rasa macam it's really okay to be at home taking care of my kids and not having guilty. Some people kan bila berjumpa, ada je benda tak kena kat kita ni. Sebab tu lah sekarang malas dah nak rasa sendu kalau terperap kat rumah.

Sebenarnya banyak benda boleh buat kat rumah. With or without the kids. Just wanna enter my self-care era. Minding my own business. Rebuild my hobbies. 

Btw, popia tu kita jual eheee. Demi menjana pendapatan utk diri sendiri. Tapi jual kat jenjiran je. Tak cater banyak tempat sebab takleh nak commit delivery dgn anak2 ni.

Friday, April 10, 2026

Jamuan Raya

Rendang Lebaran Saya

Kuih Koci sedap Linda bawak

 

Everyone is having fun today at school/work for Jamuan Raya masing-masing. I am here at home already feeling behind 😢 But, it's okay. I just ordered my fancy foods at Shopee Food just now for me to eat with my toddler at home. Just to make myself a little better. I feel guilty sebab rasa membazir, but today I just want to prioritise myself. Duit boleh dicari lagi. 

That's how my social life at home. No friends, only my kids. Sometimes, I feel sorry for myself. But, most of the time I bersyukur kerana tak perlu menghadap mereka yang bermulut longkang.

Some people including relatives, takde niat bertemu dan berpisah kerana Allah. They only know how to 'serve' their bad mouth. Every time we met, only added vinegar to my already wounded heart. That's why, I sometimes bersyukur diberkati dengan rezeki menjadi stay-at-home Mom. 

Wednesday, April 1, 2026

1 April 2026: 3 Little Things That Makes Me Feel Good Today

Gambar sekadar hiasan

1. It's raining outside. It's feel extra cold after several days of scorching hot weather hits our country

2. Yesterday I manage to tidy up my messy kitchen after my guests are safely continued their journey back to their home. I host my sister's family yesterday and cook for them. They 'transit' here for 1 night and leave to airport to catch their flight back to their home.

3. My babies sleep safe and sound so that I can have rest. In peace. 

Alhamdulillah. Writing this down to count my blessing. Yesterday I had a bad day. I feel sad, tired, stress and angry. So today in the morning, I try to write down what makes me feel good. Actually better to write it down with pencil and paper. But, I have babiesssss. This is where I can write about it as soon as possible. Plus, I can make my blog live again. 

Sunday, March 8, 2026

Salam Ramadan



Dah Ramadan Day 18 baru jumpa jalan pulang kesini. Sejak awal Januari busy dengan anak sulung masuk Darjah 1 hihi. Letihnya rasa handle a primary school kid, a toddler, plus, a baby. Rasa macam letih dia tak hilang-hilang 😆😅

Dan banyak lagilah hal-hal duniawi yang lain terjadi yang membuatkan kita sesat mencari jalan pulang kesini. Takdelah main media sosial pun sebab semua dah jarang bukak. Kat WhatsApp pun hanya promote raya cookies je. Jarang-jarang update pasal kehidupan sangat. Malas dah rasa. 

Moga lepas ni dapatlah selalu lepak sini. Tenang rasa tengok blog sendiri 🥹 Sekarang suka layan YouTube je. Tengok kpop girl group favourite i, IVE. Tambah pulak dah minat adik2 diorang, Kiikiii. Pastu sibuk layan my Turkish Drama, Kurulus Osman pastu sambung cerita pasal anak dia pulak, Kurulus Orhan. 

Alahai busy nya kehidupanku 😝🤣

Blackpink tak layan sangat dah sebab tak best lagu comeback diorang. Masing-masing pun dah ada jalan sendiri yg lebih baik. Career berkembang seiring usia.

TV biasa memang tak sempat eh nak tengok pun. Busy dengan kerja rumah dan anak-anak. Macam manalah orang boleh kata kita ni tido je kat rumah eh. Tido pun lambat, bangun pulak awal. Nak tido siang qada tido pun tak tersempat. 

Eh jangan pula judge kita yang bukan-bukan. Tak semestinya bukak YouTube layan benda lagha je. Yg bersifat rohani ada jugak. Mesti seimbang dunia akhirat. Yang penting, kita jauhi diri daripada sibuk ambik tahu hal orang lain dan bergosip tak tentu hala. Buat hal sendiri je. 

I do some screen detoxification too. Asyik tengok phone je, anak pun complaint. Ater.. dah WhatsApp group sekolah dia bukan main banyak. WhatsApp group kejiranan pulak kita promote jualan dalam tu. Kena tengok jugak phone. Tapi slow2 la kita try not being too attached to my phone lately ni. 

No screen in the morning, Allah swt first. 

No screen before sleep, off WiFi/mobile data, silent mode. 

Doing boring routines things before sleep. Scrolling phone drained my energy. So i usually watch YouTube on TV, of course after my kids are all asleep. Having my quite time for myself during the night before sleep.

It helps 🩷🤲🏻

Featured Post

POV: My Point of View

 POV: Bila nak FOMO tapi takde geng & I just make it by myself at home instead Takde kaya kat rumah, so ganti dengan cheese. Nanti husba...

Popular Post