Tuesday, October 14, 2025

Pantang Day 35

Antara menu pantang yang Acik CL masakkan haritu. Kari ikan siakap dengan peria tumis telur. Sedap sangat. 

Hadirnya saya disini harini just nak share rasa overstimulating saya. Huhu. Setiap anak ada ragamnya kan. Tak mampu rasa nak handle semua. Dah lah kita jenis mudah irritate tengok benda bersepah. Almaklumlahkan rumah ada anak kecik ni. Huhu. Rasa nak kemas je tapi badan tak larat lagi, perut masih ngilu. Tapi kesepahan tu agak mengganggu jiwa. Nak rehat pun rasa tak senang.

Ya Allah permudahkanlah hariku 🤲🏻 Kebanyakan hari berlalu memang rasa penat je manjang. Dengan kerisauan rasa gemuk ni jugak. Dalam pantang ni, berat tak turun pun. Perut masih buncit dah 3x czer ni. Kadang-kadang orang mudah bercakap, melalui pun tak pernah, tapi mulut serupa longkang busuknya.

Kita ni nak berpantang tenang-tenang, tapi hati dan kepala mudah rasa bimbang dengan kata-kata orang. Huhu. Kita dah cuba ignore tapi tak berjaya. Rasa nak lari je dari semua benda yang menyesakkan. 

Tapi kita ni dah dewasa, kena matang hadapi cabaran hidup. Masalah takkan selesai kalau kita asyik nak lari. Dan kalau kita tak dapat nak uruskan, serahkan saja pada Allah. Mintak Allah tenangkan hati ini dalam mendidik anak-anak. Perjalanannya jauh lagi. Anak sekarang masih kecik, nanti semakin dewasa semakin banyak yg perlu kita didik. 

Ommi doakan anak2 Ommi tumbuh membesar menjadi hamba Allah yang beriman, bertakwa dan beramal. Walaupun Ommi rasa didikan Ommi tak cukup bagus dan banyak kekurangan. Semoga yang kurang itu dapat dipelajari anak2 Ommi melalui kehidupan yang penuh dugaan ni. 

Macam tulah kehidupan. Selagi tak kembali kepada Allah, selagi itu akan ada ujian untuk kita. Semoga iman teguh dan kekal waras nak handle kehidupan ni. 

Friday, October 10, 2025

Pantang Day 31


Dah 5 hari kita berpantang sendiri selepas Acik CL kita balik kampung. Dia jaga 2 minggu je. Selepas 5 harini baru terasa stress jugaklah berpantang sambil jaga anak umur 2 dan 6 tahun. Huhu. Harini I tewas. Menangis sebab rasa serabut. Perut yg dah 3x czer ni rasa ngilu bila tak cukup rehat and banyak bergerak buat kerja.

Nak rehat macam mana? Ada anak-anak lain jugak nak kena bagi perhatian. Nak makan, kena sediakan. Nak susu, kena bancuhkan. Berak, kena cebokkan. Nasib baik yang sulung dah boleh urus diri sendiri. Bila banyak bergerak, perut jadi ngilu kat bahagian luka tu. 

Tadi nak rehat baring, tapi baby meragam sikit taknak tido. Baring mengempeng pun dia nangis and macam tak selesa. Kenalah dukung bawak berjalan bergerak. Bila dukung tu, jadi bertambah ngilu pulak. 

Pastu anak kedua berak pulak. Terpaksa letak dulu baby setel mandikan terus anak kedua walaupun baby dah nangis2. Dah setel anak kedua, baby pulak berak sampai bocor. Huhu. Penat terasa. Ngilu pulak tu luka perut ni. 

Nak buat macam manalah kan, terpaksa kita buat sendiri semua tanpa ada yang dapat tolong. Huhu. Moga baik2 je la luka diperut saya ni. Fast recovery soon. 

Makanan tu Acik CL yg masakkan. Sedap. Lepas Acik CL balik, husband pulak yang masakkan pagi2 sebelum pergi kerja. 

Setiap anak2 ada ragam sendiri. Tak semuanya mudah. Memang penat rasa jaga semua sorang2 waktu siang masa masih dalam pantang ni. Kena hadap jugak walau apapun. 

Friday, October 3, 2025

Pantang Day 24


Kalau tengah dalam fasa menyusukan baby, antara makanan yang boleh jadi milk booster bagi saya ialah white carrot. 

I cukup suka makan white carrot sebab sedap. Buat masa lemak ke, sup gitu gitu je ke sedap sangat rasa. Lepas makan je mesti meriah susu kita.

Kita jenis tak prefer makan supplements untuk banyakkan susu. Tapi kita suka makan real food yang bantu banyakkan susu badan. 

Ada jugak makanan yg tak berapa nak real sangat buat susu kita jadi meriah. Contohnya: nestum, air coklat, air susu tepung bancuh. Kalau kita snacking makanan ni susu pun akan jadi banyak dan cukup untuk baby.

Semua ni sebenarnya ikut badan jugak, ada yg memerlukan supplements jugak untuk bagi susu dia meriah. Ikutlah masing2 punya cara dan preferences. Tak kata salah pun 😊

Thursday, October 2, 2025

Pantang Day 23


Harini bukak WhatsApp, bukak Facebook penuh dengan berita gempar yang menyesakkan hati. Sampai kita tak sanggup nak tengok dah. Nak sebut kat sini pun taknak sebab rasa macam diserang anxiety pulak. Jadi kita decide nak rest my eyes and time investment on social media. Tutup dulu semua tak mau tengok. Post apapun tangguh dulu. Promote tudung ke apa stop dulu.

Mujur ada blog ni boleh lari kesini. Nak post apa nak cakap apa orang takkan judge sebab takde orang yang kita kenal tau pun kita ada blog. Post pun setakat cerita tentang food diary je. 

Dalam gambar tu adalah masakan pantang husband kita buat.

🐟 Ikan siakap masak taucu

Ada yang kata dalam pantang tak boleh makan kacang soya. Tapi pada saya ok je takde berangin ke apa.

Cuma, saya takleh makan kacang tanah. Perut masuk angin, pening and demam jadinya haritu. Sebab saya memang taktau sebenarnya. Huhu. Bila google and fikir balik salah makan apa, baru tau puncanya. Tersalah makan kacang tanah. 

So tau dah lepas ni makanan kena elak ialah timun, sengkuang and kacang tanah. 

Featured Post

Adik's 2nd Birthday

Birthday anak kedua saya tu Oktober lepas. Baru terasa nak share gambar dalam blog ni. Celebrate kat rumah je memandangkan masa tu kita teng...

Popular Post