Monday, August 25, 2025

Crabstick Egg Drop Soup


Semalam, kita muntah-muntah and cirit birit. Husband pulak perut tak sedap tapi takde muntah. Jadi kitorang dua-dua takde selera sangat nak makan. Husband masak crabstick egg drop soup ni as our comfort food.

πŸ§‘πŸ»‍🍳 Cooked by my husband

🫚 Letak halia banyak sikit untuk bantu buang angin kus kus

πŸ₯š Egg tofu sedap, favourite sangat

Lepas makan sup ni, cepat je sendawa angin kus kus. Rasa lega perut. Alhamdulillah harini dah ok. 

Sunday, August 24, 2025

Nasi Goreng Colourful


πŸ§‘πŸ»‍🍳 Cooked by me

Saya kalau masak nasi goreng, saya suka colourful macam ni. Nampak comel je πŸ₯° Ada protein, ada sayuran, ada rasa. 

πŸ… Tomato mesti nak kena ada sebagai ulam

Omputeh kata, the more colours in your foods, the more nutritious it is.

Saya suka. Memang betul. Setiap colour makanan tu ada nutrisi tersendiri. So, eat them well. Semuanya tu real foods.

Nak diet ke, nak badan sihat ke, better focus more on eating real foods. Bukannya beli supplements telan pil yang bukan-bukan tanpa nasihat dan konsultasi daripada doktor bertauliah. 

Bazir duit je. Pastu buah pinggang pun sakit. Bersenam malas, makan sihat pun malas. Entahlah. Pelik lagi percaya dengan supplements daripada real foods. 

Saturday, August 23, 2025

Ayam Masak Kurma


πŸ§‘πŸ»‍🍳 Cooked by me

Kita masak ayam kurma tanpa rempah 5 sekawan sebab time mengandung ni tak suka rasa rempah πŸ˜‚

Jadi kita hanya guna rempah kurma serbuk tu je. Jadilah ayam masak kurma simple macam ni haa. 

Masa mengandung ni agak suka jugak masak kurma. Sebab kita takleh masuk dengan kari. Padahal kari favourite I tauuuu πŸ₯Ή

Korang macam mana? Ada tak makanan favourite korang yang tak boleh nak makan masa mengandung?

Friday, August 22, 2025

Mi Sup Bebola Daging


πŸ§‘πŸ»‍🍳 Cooked by me

πŸ§† Meatballs lebih daripada yg buat spaghetti haritu

πŸ₯•πŸ… Ada carrot dan tomato juga batang saderi

🌢️πŸ¦πŸ‹‍πŸŸ©πŸ§„πŸ§‚ Sambal kicap

🌿🌰 Daun sup dan bawang goreng

🍜 Mi dan mihun

Makan mi sup, wajib kena ada sambal kicap kan? Kalau takde, rasa kosong pulak hihi. 

Thursday, August 21, 2025

Sambal Tempoyak Cili Padi dan Ikan Bilis Tumbuk


πŸ§‘πŸ»‍🍳 Cooked by me

🌢️ Cili padi merah + cili hijau tumbuk

🐟 Ikan bilis tumbuk

πŸ₯£ Dah tumbuk, gaul dengan tempoyak, tambah gula garam secukup rasa 

🐠 Ikan sardin goreng kunyit

πŸ— Ayam goreng kunyit

πŸ₯¬πŸ₯• Sayur tumis

Lauk macam ni simple pun dah buat bertambah-tambah sebab sambal tempoyak tu 🀀

Kalau korang, suka sambal tempoyak yang macam mana? 

Yang masak atas api atau yg mentah tumbuk je macam ni?

My favourite yg mentah tumbuk macam ni je. Husband I suka buat yg masak atas api. Tapi dua-dua pun kami makan je πŸ₯°

Monday, August 18, 2025

Spaghetti Bolognese Meatballs Tekak Melayu


πŸ‘©‍🍳 Cooked by me

πŸ§† Husband beli frozen meatballs, jadi dia mintak masakkan spaghetti bolognese semalam

🌢️  Kuah bolognese kita mesti akan tambah hirisan cili padi hihihi tekak Melayu katakan

πŸ…  Kita akan tambah tomato dalam kuah, potong dadu. Kuah jadi lebih sedap memikat

πŸ₯•  Untuk sumber sayuran, kita tambah carrot potong dadu

πŸ”  Isi ayam pun potong kecik-kecik untuk jadikan rencah dalam kuah

Husband asyik ulang je “Puas makan kalau masak sendiri”. Memang pun kan. Beli kat luar mahal, tapi belum tentu sedap macam kita nak. 

Sunday, August 17, 2025

Tom Yam Kung Thai




πŸ‘©‍🍳 Cooked by my husband

Husband masak periuk besar ya tom yam kung thai ni. Memang favourite dia. Masak banyak sebab nak bawak ke ofis untuk makan sama-sama dengan member ofis. Dia kan memang suka memasak and jamu orang makan. Kalau family datang rumah pun dia akan masak jugak sebab dia suka walaupun penat.

Saya suka makan tomyam dengan maggie kosong. Sedappp! Lagi satu suka makan dengan nasi putih dan telur dadar. Pun favourite jugak. Yumss! 

Saturday, August 16, 2025

Mantou Cohocolate Dip, Mantou with Sambal Tumis Ikan Bilis & Sandwich Tuna Mantou



Mantou bun ni sangatlah comel. Kita ingat mula-mula dia tetiba famous dulu sebab orang suka makan dengan Clam Chowder Soup. Kita tak pernah rasa sup tu tapi nampak sedap kan? Pastu, muncul various dip yang boleh kita pilih untuk makan dengan mantou bun yang comel ni hihi. 

Bulan Jun lepas, kitorang ke Bercham,  Ipoh tido 2 malam di rumah adik saya. Wife dia, iaitu adik ipar saya berniaga mantou bun pelbagai perisa and dipping kat area Bercham ni. Homemade and based on pre-order la. Masa ke rumah diorang ni la first time merasa mantou bun dia.

Yang paling sedap tu gais, sambal tumis ikan bilis dia tu. Kena betul makan dengan mantou. Tekak Melayu kan, mesti nak makan ikut selera kita. Versi omputeh boleh ditukar ke Asian Infused gitu. Chocolate dip tu sedap jugak. Sesuai untuk budak-budak. 

Pastu siap ada sandwich tuna mantou lagi dalam pilihan menu mantou adik ipar kita. Sedap tau…! Pandai beliau buat. Sesiapa yang stay area Bercham, Ipoh dan berdekatan. Bolehlah try order dengan adik ipar saya tu. Dia selalu promote dalam group Facebook and collect order. 

Friday, August 15, 2025

Ayam Masak Kicap Serai


Mak buyung teringin ayam masak kicap harini. Sedapnya walaupun simple sahaja masakan.

πŸ§‘‍🍳  Cooked by me

πŸ— Ayam potong kecik sikit. Gaul dengan kunyit dan garam. Goreng dalam air fryer je senang dan jimat masa jimat minyak jimat kalori.

πŸ§… Bawang hiris banyak baru sedap

🌢️ Guna cili giling je ni

🫚 Kita guna halia dan serai buat penambah aroma

πŸ¦ͺ 🫘 Guna sos tiram dan kicap manis pedas Mahsuri

Sekejap je dah siap masak. Makan pulak dengan nasi putih panas-panas. Buat bertambah walaupun masakan simple je. Happy baby dalam perut. 

Monday, August 11, 2025

Dotty’s IOI City Mall Putrajaya

Assalamualaikum πŸ’œ

Harini diberi peluang bukak iPad jenguk blog ehehehe. Anak-anak tengah tido siang, suami kerja. Jadi, iPad is freeeee! Cuma harini lepas makan iberet, terus jadi mual and mabuk. Katanya memang kesan sampingan ubat tu. Sama je macam Zincofer. Bukannya jenis liat makan ubat, tapi kalau buat kita jadi mabuk and mual kita jadi tak suka la huhu. Sekarang dah rehat and terlelap akibat mabuk tadi, baru rasa ok boleh bangun huhu.

By the way, harini macam biasa kita nak share la koleksi gambar makanan kita snap haritu masa makan kat Dotty’s. First time makan sini. Before ni pernah tengok member je makan kat situ. Sedap jugak and I like the interior design, sangat cantik ya!

Spaghetti Carbonara Chicken

Spaghetti Salted Egg Soft Shell Crab

Butterscotch Latte

Moist Chocolate Cake and Iced Chocolate

🍝  Spaghetti Carbonara Chicken

I sangat suka makan spaghetti carbonara. Disebabkan I tak reti masak kuah carbonara, selalu tak jadi macam yang I nak, so bila kat luar I suka order spaghetti carbonara or yang jenis nama Alfredo tu. Spaghetti kuah putih. I boleh kasi review 5 bintang untuk spaghetti ni. Sedap, kena dengan citarasa I. Sedap sangat! Ada 2 pilihan, chicken & beef. I pilih chicken. Dia guna chicken salami ya bukan daging ayam yang betul. Kuah dia sedap creamy and cukup rasa. Tak muak pun. If korang nak kurangkan rasa muak, korang kena pair kan dengan air kopi. That’s why I try Butterscotch Latte. Memang bagi saya pair yg mantop! Walaupun saya sebenarnya tak minum kopi sangat haha. Tapi sedaplah.

🍝 Spaghetti Salted Egg Soft Shell Crab

Haa yg ni pilihan husband. Dia memang suka salted salted ni. Rasa soft shell crab tu memang sedap. Terasa salted egg dia. And terkejut jugak dia bagi seekor ketam ya. Untuk rasa spaghetti dia, dia jenis creamy. Suami mintak spicy. Spicy dia gitu-gitu je la. Cuma, bila I try, dia ada rasa rempah dalam kuah spaghetti tu. Sedaplah jugak. Cuma masa mengandung ni, baby saya tak suka rasa rempah haha. Jadi I rasa-rasa sikit je suami kita punya menu. Tak boleh go sangat. Tapi bagi korang yang suka Asian infused food macam ni maybe boleh try. 

🧈 ☕️ πŸ₯€Butterscotch Latte

Saja je nak try. Sebab kita suka makan kek Butterscotch Zetty’s hihi. Tapi rakan-rakan, butterscotch nya takde rasa pun haha.  Rasa latte biasa je. Taktaula kot dia salah buat ke lupa letak butterscotch ke. Sebab pernah rasa yg Gigi Coffee punya memang terasa butter dia. Tapi overall sedap je lah latte tu. Mengurangkan rasa muak bila makan makanan yang creamy-creamy ni.

🍫 Iced Chocolate

Yang ni untuk anak pertama saya tu hihi. Dia suka air coklat je. Sedaplah jugak, kurang rasa manis tapi lebih rasa coklat. Saya suka yang macam ni. Rasa coklat yang kaw, bukan manis leting gula. 

🍰 Moist Chocolate Cake

Ini pun pilihan anak pertama saya tu hihi. Dia macam saya la, suka coklat je. Hahaha. Sedap kek dia. Rasa kek mahal. Ya lah, harga sepotong pun dah RM20+ yaaa. Bukan kek coklat biasa. Memang sedap sangat. Rasa coklat yang rich.

🐟 🍟 Fish and chips

Yang ni tak sempat nak ambik gambar. Order untuk anak-anak. Diorang makan chips nya je, fish nya tak mahu haha. Tapi fish dia sedap ya. Goreng tepung dia sedap sangat. Crunchy. Makan pulak dengan tartar sos dia sedap jugak. Yummy sangat. Jarang jumpa fish and chips yang sedap. Tapi yang ni sangat sedap bagi saya. Chips dia sedap jugak. Ditaburi garam dan juga black pepper. Yumss! 

Dah lama kitorang tak makan kat luar yang macam ni. Husband teringin western food yang betul-betul sedap katanya. Syukurlah sedap bagi dia. Puas hati jugak. Lately macam-macam yang dia teringin. Harini dia mesej tetiba teringin ayam gepuk. Dah macam dia pulak mengandung hahahaha.

Sekian saja kisah food diary kita harini. Nanti ada peluang, kita update lagi. Banyak je gambar tak share lagi ni. See you when I see you!

Thursday, August 7, 2025

Cuti Rehatkan Minda

Assalamualaikum.

Dah setengah bulan tak jenguk sini. Kadang-kadang tu malas ya. Nak tengok media sosial pun dah malas. Dah jadi penat pulak tengok gelagat orang. Dah takde media sosial yang kita selesa nak guna dah sekarang termasuk WhatsApp Story. Kita post, kita delete balik. Kita post, pastu bila rasa oversharing, kita delete balik. Facebook tu kadang-kadang kita install kat phone,  pastu bila penat tengok, kita uninstall balik. Repeatlah benda sama ikut mood. Instagram and Twitter memang takde dah. Facebook tu bukan apa, ada pun sebab nak promote barang jualan kat FB group mencari customer. Kalau tak, malas jugak nak ada Facebook. 

Bila dah masuk bulan 8 ni, usia kandungan kita pun dah 8 bulan. Dah sarat. Segalanya rasa tak larat nak buat dah. Jadi kita decide nak stop berniaga dulu. Rehatkan diri, rehatkan minda. Fokus dengan diri sendiri, baby Jean dan juga anak pertama dan anak kedua saya tu. Fokus pada kerja rumah, persiapan nak bersalin, persiapan diri, emosi dan mental sendiri. 



Kadang-kadang kesian dengan anak pertama kita ni, kadang-kadang letih dengan karenah dia. Kesian tu bukan apa, tak terlayan sebab asyik rasa letih sebab dah sarat kan. Lepas ni ada lagi sorang adik lagilah kurang dapat perhatian. Kesian dia. Anak Ommi yang sensitif dan lembut hatinya walaupun keras kepala. Tak main-main ya keras kepala dia. Susah nak sabar huhu.

Anak pertama kita ni suka tengok kek comel dan cantik, tapi tak makan pun kalau bukan kek coklat semuanya. Kalau kek warna warni tu dia suka tengok je, makannya takmau. Perangai ni sebijik Ommi dia la. Hanya suka makan kek coklat je. Yang bukan coklat ni kuranglah. Sama-sama peminat kek batik. Hihi. Ommi loves you so much, my sonshine. You are always in my heart walaupun kadang-kadang Ommi annoyed nak layan kalau banyak sangat cekadak dia. 

Lama dah kita tak share gambar makanan kat sini. Ni pun anak-anak and suami dah tido, tinggal kita terkebil-kebil sendirian. Jadi decide untuk bukak iPad and menaip disini. Bila iPad ni ada set keyboard, rasa macam ada laptop mini pulak. Cute je hihi. Sometimes, menaip sambil dengar playlist kita kat Spotify ni macam terapi diri pulak. Macam me-time kita la. Takde tangan-tangan kecil yang sibuk mengganggu haha.

By the way, ini gambar kitorang singgah Hero Market, KipMall Bangi. Dalam Hero Market kan ada bakery. Suka roti dia sedap-sedap. Kita peminat roti. Suka sangat singgah beli apa-apa je jenis roti ikut mood kalau singgah sini. Kadang-kadang rambang mata taktau nak pilih yang mana.

Sebenarnya dah banyak kali jugak decide nak stay je guna Blogger, nak stop guna media sosial lain. Tapi kadang-kadang tu jadi malas pulak. Bila dah terbukak Facebook untuk promote barang jualan, dah tertengok benda lain jadi melekat kat situ. Too much distraction pulak. Blogger ni pun kita bukak kat iPad je. Guna website je. Feeling sikit menaip. 

Baru tadi uninstall balik Fb kat phone sebab rasa macam dah jauh menyimpang. Tapi kat iPad ni ada je Fb. Guna kat iPad je lah takyah dah kot guna kat phone. Asyik scroll phone je kesian kat anak-anak tak terlayan. Sibuk dengan phone sendiri je, tak jugak kaya-kaya ye dak. Kesian anak-anak kita. Rasa insaf dah ni huhu. Better tunggu anak-anak tido la baru nak berme-time macam ni bagai. Ni pun syukur ada masa nak me-time.  Kalau tak iPad ni suami guna untuk main game, tengok movie. Anak pertama saya tu pun guna untuk main game jugak. Ni diorang semua tido, barulah boleh guna iPad ni dengan tenang. Hihi. 

Sekian sajalah tulisan malam ni. Adakala kepala otak ni kena buat mind decluttering. Jangan banyak sangat fikir. Especially investing too much time on gossip and other people’s lives. Nak kena jauhkan diri daripada too much information and jangan jadi FOMO sangat. Barulah mental tu terjaga. Tak semua benda kita kena ikut trend. Kita nak jadi orang yang Fear Of Being Included (FOBI) je lah sekarang. 


Featured Post

Adik's 2nd Birthday

Birthday anak kedua saya tu Oktober lepas. Baru terasa nak share gambar dalam blog ni. Celebrate kat rumah je memandangkan masa tu kita teng...

Popular Post