Sunday, November 9, 2025

Dah habis pantang, masa untuk turunkan berat badan.

 


Harini dah hari yang ke-61 lepas bersalin. Alhamdulillah dah makin sihat. Baby pun dah takde kuning akhirnya selepas sebulan lebih. Bolehlah kita mula disiplinkan diri untuk jaga makan and turunkan berat badan ke ideal weight.

Berag saya sekarang tuan puan, masyaAllah, berat mata memandang. BMI pun masuk kategori overweight sikit lagi nak obese. Ghisau kita dibuatnya tapi terus terang memang kita belum dapat disiplinkan diri kawal makan strictly macam orang yang serius berdiet. Selain hati takuad, sekarang masih susukan baby. Asyiklah nak mengunyah je rasa.

Sebab tu kita panggil fasa ini fasa mendisiplinkan diri. Belum mampu nak masuk fasa strictly on diet sebab risau susu untuk baby tak cukup nutrisi. Apa yang kita nak disiplinkan ialah:

1. Dah taknak order dessert manis-manis daripada jiran yang merupakan bakers yg buat kek sedap sangat 😂 Ini penting ya demi untuk mengawal pengambilan gula berlebihan. Pastu, dah taknak kirim apa-apa benda manis or extra foods yg kita idamkan kat husband kecuali kalau dia sendiri yang belikan baru kita makan. 

2. Nak cuba kurangkan buat air panas bergula iaitu hot chocolate, teh dan kopi sebab nak kurangkan jugak pengambilan gula berlebihan. Kecuali kalau time pergi rumah mertua, makan diluar, balik rumah mak, pergi kenduri, memenuhi jemputan dari sesiapa. Time tu kita makan je apa yang terhidang. Menyantuni tuan rumah yg susah payah sediakan makanan.

Setakat ni itu je dulu perkara yg perlu disiplin. Ubah yg ni dulu sikit-sikit kita tambah lagi demi kesihatan badan kita sendiri bukan semata nak kurus je tapi yang penting nak organ dalaman kita sihat tanpa gula berlebihan. 

Semoga piqa kuatkan semangat 💪🏻

Btw, itu gambar creampuff yang jiran buat kita order untuk CL kita haritu sebab dia teringin nak makan hihi. 

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Coklat Langkawi

Pergi Langkawi mestilah kena beli coklat 🍫 Sebenarnya saya suka Beryl's tapi sebab dah out of stock, kita ambiklah Alfredo ni. Sedaplah...

Popular Post