Monday, May 11, 2026

POV: My Point Of View

 POV: Buat apa kat bilik masa husband kerja dari pagi sampai petang?


8.05am: Breakfast roti canai Ayah Dini tapau before pergi kerja


8.36 am: Baby girl dicium matahari sambil enjoying the view. Kat bawah tu nampak swimming pool. 

9.15am: 2 ketul boys mandi bathtub 🛁  sementara baby girl tido. Sempat kena marah dengan Ommi sebab bergaduh masa mandi bathtub 😮‍💨 Lepas mandi, main toys kejap sambil tengok movie "Cloudy With The Chance of Meatball".


12.19 pm: Enjoying my favourite chocolate drink. Kalini buat hot sebab takde ais kan. Yg sejuk lagi sedap. 

🛒 : shopping sini

Dah 2 kali beli BOH Cocoa Tea Latte / BOH Teh Koko Latte ni. Sedaplah pulak. Creamy, tasty, chocolatey, fluffy. Gituh. 

Sambil minum2 sambil layan anak2 makan tengahari. Makan apa yg ada kat bilik je. Nanti malam baru keluar dinner.

2:15pm: Lepas makan, anak2 pun terlelap dan rehat semuanya. Kita pasang movie Harry Potter & The Deathly Hallows Part 1 🪄 

I'm a Ravenclaw 🦅 Rasa macam nak jadi student Hogwarts pulak. Mintak chatgpt je la merealisasikan impian tersebut.

Dini is a Ravenclaw too 🦅 

Adik is a Gryffindor 🦁

Sebenarnya first time guna chatgpt. Saja mintak dia create Mother's Day wish 🌹 

Pastu mintak chatgpt buat poster untuk bisnes popia kita. Comey dooh.


Bisnes gift box



Bisnes raya cookies



4.14 pm: Ayah diorang dah balik dari kerja so dia bawak the boys mandi kolam kat bawah. Saya tinggal kat bilik dengan baby. Done some standing workout ikut orang buat kat YouTube.



7.39 pm: Pergi makan malam kat Morten Walk. Cantik tempat ni. Tepi sungai, ada banyak kedai makan kat area sini and Kampung Morten. Pastu nampak cruise lalu. View lampu warna warni yang cantik.

Kami makan di Nasi Lemak Abang Botak. Ayah Dini order Nasi Ayam Penyet. Nasi Lemak Basmathi Sambal Udang Petai for me. Anak2 Nasi Lemak Basmathi lauk telur rebus sahaja. Sedap 👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻

Nasi lemak comel i tak sempat ambik gambar. Busy melayan karenah anak2 sementara tunggu siap. Yg sulung moody sebab mengantuk tak tido siang. Anak kedua tak duduk diam, risau jatuh dalam sungai je. Si baby pulak macam dah ngantuk dia jadi macam belut dah semua tak kena 😂 Macam2 la perangai anak2 ku ni. Suami dan anak2 je tau betapa gorgon nya mak diorg bila dah overstimulated tu. 

Lepas dinner terus balik. Batalkan saja niat nak jalan tepi sungai 😮‍💨 



Balik bilik terus ajak anak2 rehat baring layan movie diorang dulu. Lepas diorang dah terlelap, saya pulak habiskan layan drama Turkiye: Kurulus Orhan (Ottoman Sultan). Ini sambungan dari siri pasal Ayah dan Datuk Orhan, Osman Gazi & Ertugrul Gazi (Dirilis Ertugrul & Kurulus Osman). Ramai gak peminat international siri ni termasuklah saya. 

Basically, it is a story of zaman Pemerintahan Turki Uthmaniyyah baru nak establish. Pernah belajar kan dalam subjek Pendidikan Islam sekolah menengah dulu kala? Pasal ni la. 

Suka pulak tengok. Melalui drama Turkiye, baru saya tau kenapa muka diorang ada yg macam Arab ada yang macam omputeh. Sebab negara Turkiye ni terletak tengah2 antara negara2 Arab dan Eropah. Banyak kawen campur even dalam keturunan Ottoman Empire pun diorang bukan 100% Turkic. Sebab ada political marriage also. 

Dulu masa filem Istanbul Aku Datang tu tengah famous, kita ingat Turkey ni negara Arab Arab sana. So ingat macam negara Palestine, Mesir, Qatar and etc tu la. Rupanya tidak. Diorang ada yang Islam, ada yang Christian, ada Yahudi. Mazhab pun tak sama macam kita. 

Teringin nak pergi Turkiye. Tempat diorang cantik 🩷 Negara Palestine pernah berada di bawah pemerintahan Ottoman Empire. Teringin nak jalan tengok bangunan bersejarah kat sana. 

Sebab tu suka tengok drama Turkiye. Sebab suka tengok culture diorang. Dah la muka cantik. 

Sekian saja laporan POV harini. Semoga bertemu lagi kita dalam laporan POV akan datang. 

😆😆😆


6 comments:

  1. Best nyaaa... tok betul2 staycation lepak dalam bilit hotel jak 👍🏻 kmk org pun selalu polah kedak tok mun pergi staycation. Mun dah lejuk, baru keluar sekejap pas ya balit bilit lepak atas katil agik hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah tek. Rest banyak2 jak kita. Mun diam rumah dikpun sik pandey renah. Ada jak keja mok dipolah 😆😂

      Delete
  2. Happy Mothers Day to you too....best staycation lepak dalam bilik ngan anak- anak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh rehat tenang2 walaupun jadi mak kau hijau sekejap2 😆

      Delete
  3. Beautiful photos. ❤️ Thank you so much for sharing your experience.

    ReplyDelete

Setting blog ni adalah 'mobile view' bila dibaca guna phone. Kalau nak follow, boleh tekan "View web version" nanti jumpalah button "Follow" tu. Terima kasih singgah sini ☺️

Featured Post

POV: My Point Of View

 POV: Buat apa kat bilik masa husband kerja dari pagi sampai petang? 8.05am: Breakfast roti canai Ayah Dini tapau before pergi kerja 8.36 am...

Popular Post