Sunday, December 14, 2025

Adik's 2nd Birthday


Birthday anak kedua saya tu Oktober lepas. Baru terasa nak share gambar dalam blog ni. Celebrate kat rumah je memandangkan masa tu kita tengah dalam pantang anak ketiga. Brownies sedap ni order dengan jiran jugak. Jiran kita ramai yang berniaga. Kita suka support beli/order apa yang jiran jual. Jiran kita punya kek ni semua sedap. Dah beberapa kali kita order dessert dengan dia. Sekarang stop order sebab nak diet pulak hahaha. 
 

Saturday, December 13, 2025

Sup Ayam


πŸ§‘πŸ»‍🍳 Cook by my husband

Kita kembali kepada entry koleksi gambar makanan dalam gallery phone. Dah dah la tu feeling sedih, sapoketed and tepu nya tu. Bawaklah anak2 turun main kat playground tiap petang, InsyaAllah, kurang sikit rasa sapoketed sapoketed tu kan.

Asalnya buat blog ni memang nak share gambar makanan je. Tak kisahlah yg masak sendiri, masak by husband atau yg makan diluar. Begitu. 

Sup ayam adalah antara comfort food yang kita suka.

πŸ” Isi ayam

πŸ₯• Wajib ada carrot

πŸ₯” Ada kentang empuk memang sedap gaul hancur dengan nasik

πŸ… I suka tomato so husband buh banyak2

🌿 Daun sup sebagai aroma tambahan

Ni sebenarnya makanan dalam pantang haritu. Lepas CL setel jaga kita, husband pulak yang masakkan. Sekarang dah habis pantang dah 3 bulan dah baby kita hihi.

Friday, December 12, 2025

Dini's Graduation Day



Simpan kenangan di blog ni dengan memori my firstborn received his Tokoh Pelajar award on his graduation day πŸŽ“ πŸ’ Alhamdulillah syukur. Dia memang jenisnya suka bersaing dan kerja sekolah nak cepat siap. Semangat sangat sampai kita pun tak terlayan and tersempat nak teman buat kerja sekolah dia sebab ada 2 adik lagi nak jaga. 

Semoga semangatmu tak akan padam dalam menimba ilmu. Lepas ni nak masuk Darjah 1 dah. Semoga baik-baik je untuk anak Ommi ni dunia dan akhirat. Amin 🀲🏻

Bouquet khas Ommi order dari group WhatsApp kejiranan. Cantik sungguh jiran kita buat. Group kejiranan kita memang macam Shopee sikit. Macam-macam jiran jual dalam tu, selain menjadi tempat rujukan dan jugak kaunter pertanyaan πŸ˜„

Thursday, December 11, 2025

Rasa Alive Sikit

Bouquet kedua dari cikgu pulak πŸ§ΈπŸ’πŸŽ“

Langkah pertama kita buat untuk kurangkan rasa suffocated ialah tiap petang nak try bawak anak-anak main kat playground. Baby dah 3 bulan jadi dah agak manageable untuk kita handle tiga-tiga anak kita. Bolehlah anak-anak bersosial dengan rakan-rakan sebaya and kita jugak boleh bertukar-tukar senyuman dengan jiran yang bawak anak main kat playground. 

Nak borak tapi masing-masing sibuk dengan phone, malaslah nak kacau. Bertukar senyum je lah. Tapi itupun agak membuatkan hidup kita seperti kurang sikit rasa suffocated tu. Syukurlah Allah SWT masih memberi peluang. 

Wednesday, December 10, 2025

Suffocated

Bouquet for my son's graduation πŸŽ“ 

 I really feel suffocated now. I can't do what I like to do. I can't even force myself to do what I love to do before. I really feel I can't do nothing. I feel overwhelmed. I feel I can't thinks straight right now. I really need break. I really feel not good enough right now. I need screen detoxification. I need mind-decluttering. I need to go somewhere else to recharge. I need to do something out of my routine. I need to be alone for a while. I lost myself. 

Sunday, December 7, 2025

Tak Larat


Rasa tak larat nak ambik order gift box kat Shopee dah πŸ˜” Tak terkejar waktu walaupun satu order je. Banyak benda lain kena diutamakan dulu. Nak buat gift box ni banyak steps. Shopee pulak ada timing dia kena drop off by sekian date. Kita pulak tak sempat nak kejar date.

Nak wrap lagi, nak pergi drop off lagi kena fikir nak kena angkut anak2 kecik kita lagi. Ya ampun, tewasnya saya dalam dunia perniagaan online dah sekarang. Tak terkendong rasa bila dah anak 3. Give up kurasakan. 

Harini rasa macam entahlah, rasa boring. Tak tau lah apa benda sebenarnya yang kita rasa kosong and boring ni. Anak2 depan mata kita jaga sendiri, tapi kenapalah rasa kosong macam takde life. Nak buat apa pun tak semangat dah macam dulu.

Yang buat lagi hilang semangat bila tak dapat hadir sekali ke majlis graduasi anak sulung kita Selasa nanti. Sedih sebab memikirkan tak terhandle perangai anak kedua πŸ˜” Ayahnya je lah yang pergi. Sedih rasa. Kita nak tengok anak kita graduasi sama2 tapi risau tak terkawal. Kenalah duduk rumah jaga anak2 kecik demi kebaikan semua huhu. 

Tutuplah Shopee. Tak larat kejar order πŸ˜”

Friday, December 5, 2025

Mudah Rasa Overwhelmed

Sayur petai tumis telur, siakap singgang dan sambal tumis

My favourite pantang food

Mungkin sebab kita surirumah, 'kerja' pun dirumah saja melayan anak-anak, buat kerja kerja rumah, tak keluar sangat.. menjadikan kita mudah rasa overwhelm.

Harini pun rasa macam tu. Entahlah apa punca sebenar. Bila difikirkan, banyak faktornya. Ikutkan hati memang tiap hari rasa nak bawak anak anak keluar pergi playground. Ambik angin petang, sunning and grounding, connecting with nature... Disconnecting with screen. 

Tapi baby kecik lagi baru nak masuk 3 bulan, breastfeed. Jadi rasa susah pulak nak keluar nanti. Dengan perangai anak kedua kita yang out of box, perangai anak pertama pulak jenis tak sabar dan penuh excited. Jadi risau tak dapat handle diorang semua. 

Kesabaran kita pulak senipis kulit bawang. Keluar sebab nak ambik angin tapi lain jadinya nanti. Itulah dilema kita hadapi sekarang. Boring terperuk kat rumah saja. 

Inipun sebab anak2 semua dah masuk tido dengan ayah diorang, kita pun lepak kat ruang tamu sorang2. Nak ambik ketenangan malam, biar jiwa ni rasa terubat sikit. Of course I am tired sepertimana mereka yang keluar bekerja. 

Selalu pujuk hati ni sabar, apa yang Allah swt bagi sekarang itulah yg kita perlu. Just hadap dengan sabar, InsyaAllah akan dapat ganjaran kemudian. 

I love writing and expressing what I feel now here. It helps me declutter my serabut mind. Eventually, my heart will feel ease a little. 

Banyak kerisauan yang ada dalam kepala. Banyak solution yang kita nak buat untuk meleraikan kerisauan tu demi masa depan. Tapi, kita tau kita tak mampu buat semua. Kita banyak serahkan saja pada Allah. Hanya Allah swt tau apa kita perlu dan Dia lah sebaik2 perancang 🩷

Thursday, November 20, 2025

Banyaknya Kebodohan di Media Sosial

Nasi putih, sawi goreng dan telur sambal

Orang bodoh kalau bercakap banyak memang nampak bodoh dia. Lagi banyak dia cakap, lagi bodohlah dia. Sebab apa? Otaknya kosong. Terlalu banyak benda bodoh. Bila bercakap, kuat bunyinya tapi kosong. Macam tin kosong, kalau diketuk kuat bunyinya sebab kosong.

Kalau taknak sama bodoh macam dia, jangan dilayan. Jangan repost, jangan share kat media sosial lain pasal kebodohan dia. Sebab kebodohan itu akan terus menjalar. Bila kita tak layan bodoh tu, bodoh tu akan stop situ je. 

Hairan jugak dengan manusia ni. Dah tau orang tu bodoh, kenapa interview jugak panggil podcast lah apa lah. Orang macam tu kalau bercakap memang bodoh je lah keluar. Yang menjemput, sama bodoh sebab nak view tinggi.

Media sosial sekarang banyak fitnah daripada yang elok. Takde yang elok dah. Cuma korang je taknak mengaku. Masih nak kata "kalau kita pilih nak tengok yang elok, yang elok je akan keluar". Habis tu, aku yang jarang bukak media sosial ni yang tak buat apa2 sangat suka tengok orang bodoh macam tu ke? Bukak2 je muka irang bodoh tu yang muncul. Sebab apa? Sebab orang yang sama bodoh suka reshare. 

Bukak Shopee sekarang pun, auto masuk video/live. Duk jumpa jugak benda bodoh yang sama. Sekarang, whatsapp story boleh reshare kan. Haa benda bodoh jugaklah korang reshare. Geram aku. Algorithm kepala taik hang. Biuk nyawa aku. 

Sunday, November 9, 2025

Dah habis pantang, masa untuk turunkan berat badan.

 


Harini dah hari yang ke-61 lepas bersalin. Alhamdulillah dah makin sihat. Baby pun dah takde kuning akhirnya selepas sebulan lebih. Bolehlah kita mula disiplinkan diri untuk jaga makan and turunkan berat badan ke ideal weight.

Berag saya sekarang tuan puan, masyaAllah, berat mata memandang. BMI pun masuk kategori overweight sikit lagi nak obese. Ghisau kita dibuatnya tapi terus terang memang kita belum dapat disiplinkan diri kawal makan strictly macam orang yang serius berdiet. Selain hati takuad, sekarang masih susukan baby. Asyiklah nak mengunyah je rasa.

Sebab tu kita panggil fasa ini fasa mendisiplinkan diri. Belum mampu nak masuk fasa strictly on diet sebab risau susu untuk baby tak cukup nutrisi. Apa yang kita nak disiplinkan ialah:

1. Dah taknak order dessert manis-manis daripada jiran yang merupakan bakers yg buat kek sedap sangat πŸ˜‚ Ini penting ya demi untuk mengawal pengambilan gula berlebihan. Pastu, dah taknak kirim apa-apa benda manis or extra foods yg kita idamkan kat husband kecuali kalau dia sendiri yang belikan baru kita makan. 

2. Nak cuba kurangkan buat air panas bergula iaitu hot chocolate, teh dan kopi sebab nak kurangkan jugak pengambilan gula berlebihan. Kecuali kalau time pergi rumah mertua, makan diluar, balik rumah mak, pergi kenduri, memenuhi jemputan dari sesiapa. Time tu kita makan je apa yang terhidang. Menyantuni tuan rumah yg susah payah sediakan makanan.

Setakat ni itu je dulu perkara yg perlu disiplin. Ubah yg ni dulu sikit-sikit kita tambah lagi demi kesihatan badan kita sendiri bukan semata nak kurus je tapi yang penting nak organ dalaman kita sihat tanpa gula berlebihan. 

Semoga piqa kuatkan semangat πŸ’ͺ🏻

Btw, itu gambar creampuff yang jiran buat kita order untuk CL kita haritu sebab dia teringin nak makan hihi. 

Tuesday, October 14, 2025

Pantang Day 35

Antara menu pantang yang Acik CL masakkan haritu. Kari ikan siakap dengan peria tumis telur. Sedap sangat. 

Hadirnya saya disini harini just nak share rasa overstimulating saya. Huhu. Setiap anak ada ragamnya kan. Tak mampu rasa nak handle semua. Dah lah kita jenis mudah irritate tengok benda bersepah. Almaklumlahkan rumah ada anak kecik ni. Huhu. Rasa nak kemas je tapi badan tak larat lagi, perut masih ngilu. Tapi kesepahan tu agak mengganggu jiwa. Nak rehat pun rasa tak senang.

Ya Allah permudahkanlah hariku 🀲🏻 Kebanyakan hari berlalu memang rasa penat je manjang. Dengan kerisauan rasa gemuk ni jugak. Dalam pantang ni, berat tak turun pun. Perut masih buncit dah 3x czer ni. Kadang-kadang orang mudah bercakap, melalui pun tak pernah, tapi mulut serupa longkang busuknya.

Kita ni nak berpantang tenang-tenang, tapi hati dan kepala mudah rasa bimbang dengan kata-kata orang. Huhu. Kita dah cuba ignore tapi tak berjaya. Rasa nak lari je dari semua benda yang menyesakkan. 

Tapi kita ni dah dewasa, kena matang hadapi cabaran hidup. Masalah takkan selesai kalau kita asyik nak lari. Dan kalau kita tak dapat nak uruskan, serahkan saja pada Allah. Mintak Allah tenangkan hati ini dalam mendidik anak-anak. Perjalanannya jauh lagi. Anak sekarang masih kecik, nanti semakin dewasa semakin banyak yg perlu kita didik. 

Ommi doakan anak2 Ommi tumbuh membesar menjadi hamba Allah yang beriman, bertakwa dan beramal. Walaupun Ommi rasa didikan Ommi tak cukup bagus dan banyak kekurangan. Semoga yang kurang itu dapat dipelajari anak2 Ommi melalui kehidupan yang penuh dugaan ni. 

Macam tulah kehidupan. Selagi tak kembali kepada Allah, selagi itu akan ada ujian untuk kita. Semoga iman teguh dan kekal waras nak handle kehidupan ni. 

Friday, October 10, 2025

Pantang Day 31


Dah 5 hari kita berpantang sendiri selepas Acik CL kita balik kampung. Dia jaga 2 minggu je. Selepas 5 harini baru terasa stress jugaklah berpantang sambil jaga anak umur 2 dan 6 tahun. Huhu. Harini I tewas. Menangis sebab rasa serabut. Perut yg dah 3x czer ni rasa ngilu bila tak cukup rehat and banyak bergerak buat kerja.

Nak rehat macam mana? Ada anak-anak lain jugak nak kena bagi perhatian. Nak makan, kena sediakan. Nak susu, kena bancuhkan. Berak, kena cebokkan. Nasib baik yang sulung dah boleh urus diri sendiri. Bila banyak bergerak, perut jadi ngilu kat bahagian luka tu. 

Tadi nak rehat baring, tapi baby meragam sikit taknak tido. Baring mengempeng pun dia nangis and macam tak selesa. Kenalah dukung bawak berjalan bergerak. Bila dukung tu, jadi bertambah ngilu pulak. 

Pastu anak kedua berak pulak. Terpaksa letak dulu baby setel mandikan terus anak kedua walaupun baby dah nangis2. Dah setel anak kedua, baby pulak berak sampai bocor. Huhu. Penat terasa. Ngilu pulak tu luka perut ni. 

Nak buat macam manalah kan, terpaksa kita buat sendiri semua tanpa ada yang dapat tolong. Huhu. Moga baik2 je la luka diperut saya ni. Fast recovery soon. 

Makanan tu Acik CL yg masakkan. Sedap. Lepas Acik CL balik, husband pulak yang masakkan pagi2 sebelum pergi kerja. 

Setiap anak2 ada ragam sendiri. Tak semuanya mudah. Memang penat rasa jaga semua sorang2 waktu siang masa masih dalam pantang ni. Kena hadap jugak walau apapun. 

Friday, October 3, 2025

Pantang Day 24


Kalau tengah dalam fasa menyusukan baby, antara makanan yang boleh jadi milk booster bagi saya ialah white carrot. 

I cukup suka makan white carrot sebab sedap. Buat masa lemak ke, sup gitu gitu je ke sedap sangat rasa. Lepas makan je mesti meriah susu kita.

Kita jenis tak prefer makan supplements untuk banyakkan susu. Tapi kita suka makan real food yang bantu banyakkan susu badan. 

Ada jugak makanan yg tak berapa nak real sangat buat susu kita jadi meriah. Contohnya: nestum, air coklat, air susu tepung bancuh. Kalau kita snacking makanan ni susu pun akan jadi banyak dan cukup untuk baby.

Semua ni sebenarnya ikut badan jugak, ada yg memerlukan supplements jugak untuk bagi susu dia meriah. Ikutlah masing2 punya cara dan preferences. Tak kata salah pun 😊

Thursday, October 2, 2025

Pantang Day 23


Harini bukak WhatsApp, bukak Facebook penuh dengan berita gempar yang menyesakkan hati. Sampai kita tak sanggup nak tengok dah. Nak sebut kat sini pun taknak sebab rasa macam diserang anxiety pulak. Jadi kita decide nak rest my eyes and time investment on social media. Tutup dulu semua tak mau tengok. Post apapun tangguh dulu. Promote tudung ke apa stop dulu.

Mujur ada blog ni boleh lari kesini. Nak post apa nak cakap apa orang takkan judge sebab takde orang yang kita kenal tau pun kita ada blog. Post pun setakat cerita tentang food diary je. 

Dalam gambar tu adalah masakan pantang husband kita buat.

🐟 Ikan siakap masak taucu

Ada yang kata dalam pantang tak boleh makan kacang soya. Tapi pada saya ok je takde berangin ke apa.

Cuma, saya takleh makan kacang tanah. Perut masuk angin, pening and demam jadinya haritu. Sebab saya memang taktau sebenarnya. Huhu. Bila google and fikir balik salah makan apa, baru tau puncanya. Tersalah makan kacang tanah. 

So tau dah lepas ni makanan kena elak ialah timun, sengkuang and kacang tanah. 

Saturday, September 27, 2025

Pantang Day 18


Know know dah hari ke 18 kita berpantang. And harini adalah hari ke 9 berurut. Rasa badan lebih kuat and sihat dah. Alhamdulillah. Cuma ada la part tulang pungkok dengan peha ni rasa macam lari betul alignment. 

Ada lagi 8 hari sesi berurut dan bertungku dengan Acik CL saya tu. InsyaAllah moga lepas 8 hari nanti makin okay la rasa badan ni. Nak kena jaga 3 anak kecilku perlu tenaga yang banyak πŸ˜†

Kalau badan rasa sakit lenguh sana sini auto tenaga pun takde. Ini agaknya kelebihan berurut selalu. Tak kira masa berpantang ke atau masa tak berpantang.

Ini makanan pantang husband kita masakkan 🩷🫰🏻 Sedap dooh. Macam ni pun dah berselera.

Hmm zaman sosial media ni jadi risau bila post nak share pasal hidup kita. Risau apa orang kata, risau dengan apa orang akan fikir dan salah anggap pasal diri kita.

Ni kita share pasal husband masak pun akan jadi risau. Risau apa orang fikir. Especially orang yang suka kata kita beban pada suami sebab tak kerja. Huuu zaman sekarang ni benda macam ni pun orang boleh jadi benci kat kita. Padahal suami kita ok je.

Takpelah. Kengkadang tu boring gak, tengok jugak facebook sekejap. Tapi lepas ni tak boleh dah la share pasal life sangat kat facebook and whatsapp story tu dah. Kang ada jadi bahan kebencian je orang kat kita kang. Baik diam-diam je la kan. 

Duk je kat blog ni kot. Zaman sekarang orang tak tengok blog dah. 

Monday, September 15, 2025

Pantang Day 6




Dah pantang hari ke-6 barulah dapat share makanan pantang kita hihi. Cooked by husband 🫰🏻🩷

Kita jenis tak cerewet sangat. Makan je apa husband masak, apa yang hospital bagi semua kita makan je. Yang penting makanan seimbang dengan sumber tenaga, protein dan juga sayuran/buahan.

Malas nak argue benda tu boleh makan ke, ini boleh makan tak. Kecuali timun and sengkuang, saya tak boleh makan dua ni dalam pantang. Sebab pernah kena demam lepas makan. 

As long as takde allergic dengan makanan tu, kita makan je. Tapi tetap jugaklah refer kepada orang-orang tua. Yang mana kita boleh ikut, kita ikut. Gittew. 

Menu harini:

🐠 Ikan bawal sup

πŸ₯¬ Sawi

πŸ… Tomato

πŸ₯’ Peria goreng adik ipar belikan

🐟 Ikan bilis goreng rangup

Kuning baby masihlah tak turun sangat. Semoga taklah sampai kena warded or prolonged jaundice. Doakan ya 🀲🏻

Friday, September 12, 2025

Kek Marble Pisang Coklat



Kita order kat jiran kek ni. Memang sedap sangat 😍 Makan tepi hujung je pun dah sedap ya. Yang tengah-tengah je kita ambik untuk jamu kawan ofis husband makan. Nak mintak doakan urusan bersalin kita dipermudahkan. Semoga baik-baik saja semuanya.

Ini bakers yang sama saya order kek batik untuk anniversary kami haritu hihi. Berbakat sungguh la buat kek. Tak kedekut bahan langsung. Harga sangat berpatutan ya πŸ‘πŸ»

Husband pulak order soto untuk jamu kawan ofis dia. Dengan tujuan yang sama. Husband dulu yang berniat nak jamu makan, pastu kita nak join sekali tapi order dessert sedap je lah. 

Moga Allah swt permudahkan urusan bersalinku nanti 🀲🏻

Sebenarnya, post entry kita ni scheduled. Maybe time post ni di auto post kan, kita dah bersalin dah pun. Hihi. Sebab kadang-kadang je ada mood menaip. Sekali datang mood, dua tiga post kita buat cuma scheduled kan bagi tiap hari la ada post. Kita taknak update blog berlonggok terus. 

Dan semuanya tentang makanan 😍 Because I'm a foodie. I love foods 🫰🏻🩷

Kita dah tengok sangat sosial media kita. Facebook ada cuma tak install apps kat phone. Guna web je. Instagram dah off. Twitter dah off. Tiktok memang takde sebab tak suka. Kita ada whatsapp status je rajin update kalau ada mood. Hihi. 

So kita jadikan blog ni as my food diary buat kenang-kenangan. Setakat ni konsisten je pasal makanan semuanya πŸ˜‚ Macam takde mood nak letak hal peribadi kat sini. 

Sebenarnya tenang hati tak tengok sosial media ni. Dah hampir setahun saya off semua. Tengok pun setakat hilang bosan. Saya penat dengan sosial media. Nak share apapun jadi tak duka jugak dah. 

Sekarang ni just try memupuk tabiat membaca buku and tengok tv je untuk info dan berita semasa. Bisnes pun kat Shopee je. Bisnes kecil-kecil je takde gempak sangat. Ni pun stop kejap bisnes sebab tak larat hihi 

Tapi sekarang agak bingung jugak bukak Shopee tu sebab dia ada video format macam reels. Tatit paler kita tau. Tap je Shopee terus masuk live/video, tak suka betul. Annoying!

Itu je lah nak cerita. Jumpa lagi next post!

Thursday, September 11, 2025

Char Kuey Teow Udang dan Kerang


 πŸ§‘πŸ»‍🍳 Cook by husband

Fuhh rajin betul suami I memasak. Ada je yang dia teringin nak try masak sendiri. Lagi puas katanya bila makanan yang agak mahal di kedai dia dapat buat sendiri je kat rumah. 

Gigih saya tengok dia belajar resepi dari YouTube Che Nom hihi. Memang sedap. Rencah char kuey teow dia sampai boleh buat simpan dalam peti. Lepas ni boleh buat lagi.

Tinggal beli bahan je macam isi kerang ke, isi udang ke, taugeh and daun kucai. 

Wednesday, September 10, 2025

Burger Malaysia

 


Haritu kan teringin sangat nak makan kuih ni. Tapi susah nak jumpa. Lagipun kita ni kan surirumah, jarang keluar ke tempat-tempat jualan ke pasar ke nak dapatkan kuih ni. Selalu barang dapur ke apa kirim kat husband je beli.

Tapi, kebetulan ada check up kat Pusat Bersalin Berisiko Rendah Presint 8, ada yg jual kat bawah area playground. Ya ampun sedappp! 

Saiznya besar, sambalnya tak kedekut, ada timun bentuk bulat ketebalan memuaskan. Tepung donut yg gebu sedap dan tak keras.

MasyaAllah rasa bersyukur betul pada Allah swt yang merezekikan kita dengan kuih burger Malaysia yang betul-betul sedap masa ni 😍

Thank you Allah SWT, bersyukur sebab selalu dikabulkan permintaan walau hanya sekecil-kecil perkara 🩷

Tuesday, September 9, 2025

Salted Egg Buttermilk Chicken

 


πŸ§‘πŸ»‍🍳 Cook by husband

Kita paling suka Salted Egg Buttermilk Chicken yang husband masak. Yang kat kedai semua tak menepati citarasa kita. Ada yg kuahnya manis sangat, ada yg cair sangat, ada yg bland tak rasa apa. Semua tak sedap.

Yang husband kita masak je yang kita suka πŸ₯°

πŸ₯¦ Ada broccoli 

πŸ„ Ada cendawan butang

🌢️ Cili padi 

🍳 Kuning telur masin

πŸ— Ayam goreng dengan tepung bestari pedas 

Sedap oi makan dengan nasi putih. Puas makan kalau husband yang masak. Kita ada pernah masak jugak tapi lagi sedap husband masakkan 😍

Monday, September 8, 2025

Sagu Gula Melaka Susu Cair



Haritu kan tetiba teringin sagu gula melaka. Tengok bahan semua ada, kita buatlah sendiri. Yums. Tapi kita nak yg makan dengan susu cair, taknak yang santan. 

Daun pandan banyak tau husband kita beli, itu yang terfikir nak buat. Kesian tengok biji sagu warna hijau ni kesepian tak disentuh πŸ˜‚

Sedapnya makan sejuk2. Tadi kemas-kemas kabinet dapur, terjumpa lagi biji sagu putih. Susu cair dengan air gula melaka tu masih ada dalam peti. Bolehlah kita masak lagi biji sagu tu and guna pewarna merah and kuning pulak lepas ni.

Aaaaa 😍 Sedapnya! Mesti cantik warna dia. 

Sebenarnya tak minat sangat pun sagu gula melaka ni. Tak pernah mencarik. Tapi si baby dalam perut ni memang suka meminta benda yg kita jarang suka nak makan πŸ˜‚

Begitulah pembawakan kanak2 rupanya ya. 

Sunday, September 7, 2025

Sayur Tauge Masak Lemak Putih

 


Antara cara masakan sayur yang saya suka adalah masak lemak putih πŸ₯° I love sangat kalau menu ni makan dengan ayam goreng ke ikan goreng ke telur masin ke telur dadar ke. Menu protein yg simple ditambah dengan sambal belacan. 

MasyaAllah guys, sedap terukkk makan dengan nasi putih. 

πŸ§‘πŸ»‍🍳 Cook by me

Saya kan suka sayur warna warni macam ni. The more colours, the merrier gitu. Loads of vitamins and goodness!

🫘 Bean sprouts / tauge-ther

πŸ₯• Carrot

🌰 Bawang merah

🌱 Daun kucai

🌢️ Cili padi merah

Banyakkan warna? Nampak cantik je.

Saturday, September 6, 2025

Nasi Lemak Sambal Udang





Cantik molek rupa paras sambal udang husband kita harini 🫰🏻🩷 Cukup garing, cukup rasa. 

Nasi lemak kita yang tolong masakkan. Kita sous chef je 😝 Assistant di dapur harini. 

Tolong cuci cili kering kerinting dengan cili kering besar yang tak pedas tu. Rendam cili dengan air panas.

Kita tolong potong timun, kupas telur, belah telur. 

Baru harini tau, nak ikan bilis tu jadi rangup, gaul dengan tepung jagung sebelum goreng. Husband google tips dia kata. 

Kalini taknak sambal yang terlalu pedas takut kita sakit perut. Tu yang guna cili kering besar tu. Puas makan bila masak sendiri.

πŸ«„πŸ» Tak lama dah ni nak admit hospital, nak keluar dah baby dalam few days lagi. Doakan semoga dipermudahkan semuanya ya 🀲🏻

Thursday, September 4, 2025

Sup Tulang Ala Thai





Minggu lepas, Mama kita datang bermalam kat rumah. Dia nak join Abang kita and family tengok raptai perbarisan kat Dataran Putrajaya. Kakak ipar kita join perbarisan tahun ni. 

Jadi husband kita masakkan la Sup Tulang Ala Thai special for Mama kita. Siap ada buah-buahan tembikai yang sedap beli kat Hero Market kat Hotel Dorsett sini. 

Daging, urat and bahagian tulang masak guna pressure cooker. Jadi lembut sangat sedap je rasa macam jelly. Rasa sup ala Thai ni masam-masam sikit sebab ada tambah jus limau πŸ‹‍🟩 

Sedappppp 🀀 

Wednesday, September 3, 2025

Happy Anniversary 1 September

Anniversary kalini tak kemana. Celebrate kat rumah je. Diam-diam kita order kek batik daripada jiran home bakers kita. Saja nak surprise husband kita. Sedap jiran buat. Alhamdulillah. Rasa koko yang pekat dan likat. Kek batik yang tak keras. Tebal pulak tu dia buat. Berbaloi dengan harganya πŸ’œπŸ©·



Husband pulak masak macam kedai toye sempena anniversary kalini. Nasi butter, paprik ayam, telur dadar with salad. Sedap sangat 😍



Macam kedai toye kan husband kita masak kalini πŸ˜‚ Kita dah sarat. Lagi seminggu je nak bersalin dah. Sebab tu tak kemana 1 September lepas. Hari Merdeka tu pulak husband bawak Dini pergi tengok perbarisan kat Dataran Putrajaya. Penat sangat dah masing-masing. Kita tak ikut. Tengok kat tv je. Tapi dapat nampak la jet, helikopter, kapal terbang lalu dari tingkap. Heeee. 

Monday, August 25, 2025

Crabstick Egg Drop Soup


Semalam, kita muntah-muntah and cirit birit. Husband pulak perut tak sedap tapi takde muntah. Jadi kitorang dua-dua takde selera sangat nak makan. Husband masak crabstick egg drop soup ni as our comfort food.

πŸ§‘πŸ»‍🍳 Cooked by my husband

🫚 Letak halia banyak sikit untuk bantu buang angin kus kus

πŸ₯š Egg tofu sedap, favourite sangat

Lepas makan sup ni, cepat je sendawa angin kus kus. Rasa lega perut. Alhamdulillah harini dah ok. 

Sunday, August 24, 2025

Nasi Goreng Colourful


πŸ§‘πŸ»‍🍳 Cooked by me

Saya kalau masak nasi goreng, saya suka colourful macam ni. Nampak comel je πŸ₯° Ada protein, ada sayuran, ada rasa. 

πŸ… Tomato mesti nak kena ada sebagai ulam

Omputeh kata, the more colours in your foods, the more nutritious it is.

Saya suka. Memang betul. Setiap colour makanan tu ada nutrisi tersendiri. So, eat them well. Semuanya tu real foods.

Nak diet ke, nak badan sihat ke, better focus more on eating real foods. Bukannya beli supplements telan pil yang bukan-bukan tanpa nasihat dan konsultasi daripada doktor bertauliah. 

Bazir duit je. Pastu buah pinggang pun sakit. Bersenam malas, makan sihat pun malas. Entahlah. Pelik lagi percaya dengan supplements daripada real foods. 

Saturday, August 23, 2025

Ayam Masak Kurma


πŸ§‘πŸ»‍🍳 Cooked by me

Kita masak ayam kurma tanpa rempah 5 sekawan sebab time mengandung ni tak suka rasa rempah πŸ˜‚

Jadi kita hanya guna rempah kurma serbuk tu je. Jadilah ayam masak kurma simple macam ni haa. 

Masa mengandung ni agak suka jugak masak kurma. Sebab kita takleh masuk dengan kari. Padahal kari favourite I tauuuu πŸ₯Ή

Korang macam mana? Ada tak makanan favourite korang yang tak boleh nak makan masa mengandung?

Friday, August 22, 2025

Mi Sup Bebola Daging


πŸ§‘πŸ»‍🍳 Cooked by me

πŸ§† Meatballs lebih daripada yg buat spaghetti haritu

πŸ₯•πŸ… Ada carrot dan tomato juga batang saderi

🌢️πŸ¦πŸ‹‍πŸŸ©πŸ§„πŸ§‚ Sambal kicap

🌿🌰 Daun sup dan bawang goreng

🍜 Mi dan mihun

Makan mi sup, wajib kena ada sambal kicap kan? Kalau takde, rasa kosong pulak hihi. 

Thursday, August 21, 2025

Sambal Tempoyak Cili Padi dan Ikan Bilis Tumbuk


πŸ§‘πŸ»‍🍳 Cooked by me

🌢️ Cili padi merah + cili hijau tumbuk

🐟 Ikan bilis tumbuk

πŸ₯£ Dah tumbuk, gaul dengan tempoyak, tambah gula garam secukup rasa 

🐠 Ikan sardin goreng kunyit

πŸ— Ayam goreng kunyit

πŸ₯¬πŸ₯• Sayur tumis

Lauk macam ni simple pun dah buat bertambah-tambah sebab sambal tempoyak tu 🀀

Kalau korang, suka sambal tempoyak yang macam mana? 

Yang masak atas api atau yg mentah tumbuk je macam ni?

My favourite yg mentah tumbuk macam ni je. Husband I suka buat yg masak atas api. Tapi dua-dua pun kami makan je πŸ₯°

Monday, August 18, 2025

Spaghetti Bolognese Meatballs Tekak Melayu


πŸ‘©‍🍳 Cooked by me

πŸ§† Husband beli frozen meatballs, jadi dia mintak masakkan spaghetti bolognese semalam

🌢️  Kuah bolognese kita mesti akan tambah hirisan cili padi hihihi tekak Melayu katakan

πŸ…  Kita akan tambah tomato dalam kuah, potong dadu. Kuah jadi lebih sedap memikat

πŸ₯•  Untuk sumber sayuran, kita tambah carrot potong dadu

πŸ”  Isi ayam pun potong kecik-kecik untuk jadikan rencah dalam kuah

Husband asyik ulang je “Puas makan kalau masak sendiri”. Memang pun kan. Beli kat luar mahal, tapi belum tentu sedap macam kita nak. 

Sunday, August 17, 2025

Tom Yam Kung Thai




πŸ‘©‍🍳 Cooked by my husband

Husband masak periuk besar ya tom yam kung thai ni. Memang favourite dia. Masak banyak sebab nak bawak ke ofis untuk makan sama-sama dengan member ofis. Dia kan memang suka memasak and jamu orang makan. Kalau family datang rumah pun dia akan masak jugak sebab dia suka walaupun penat.

Saya suka makan tomyam dengan maggie kosong. Sedappp! Lagi satu suka makan dengan nasi putih dan telur dadar. Pun favourite jugak. Yumss! 

Saturday, August 16, 2025

Mantou Cohocolate Dip, Mantou with Sambal Tumis Ikan Bilis & Sandwich Tuna Mantou



Mantou bun ni sangatlah comel. Kita ingat mula-mula dia tetiba famous dulu sebab orang suka makan dengan Clam Chowder Soup. Kita tak pernah rasa sup tu tapi nampak sedap kan? Pastu, muncul various dip yang boleh kita pilih untuk makan dengan mantou bun yang comel ni hihi. 

Bulan Jun lepas, kitorang ke Bercham,  Ipoh tido 2 malam di rumah adik saya. Wife dia, iaitu adik ipar saya berniaga mantou bun pelbagai perisa and dipping kat area Bercham ni. Homemade and based on pre-order la. Masa ke rumah diorang ni la first time merasa mantou bun dia.

Yang paling sedap tu gais, sambal tumis ikan bilis dia tu. Kena betul makan dengan mantou. Tekak Melayu kan, mesti nak makan ikut selera kita. Versi omputeh boleh ditukar ke Asian Infused gitu. Chocolate dip tu sedap jugak. Sesuai untuk budak-budak. 

Pastu siap ada sandwich tuna mantou lagi dalam pilihan menu mantou adik ipar kita. Sedap tau…! Pandai beliau buat. Sesiapa yang stay area Bercham, Ipoh dan berdekatan. Bolehlah try order dengan adik ipar saya tu. Dia selalu promote dalam group Facebook and collect order. 

Friday, August 15, 2025

Ayam Masak Kicap Serai


Mak buyung teringin ayam masak kicap harini. Sedapnya walaupun simple sahaja masakan.

πŸ§‘‍🍳  Cooked by me

πŸ— Ayam potong kecik sikit. Gaul dengan kunyit dan garam. Goreng dalam air fryer je senang dan jimat masa jimat minyak jimat kalori.

πŸ§… Bawang hiris banyak baru sedap

🌢️ Guna cili giling je ni

🫚 Kita guna halia dan serai buat penambah aroma

πŸ¦ͺ 🫘 Guna sos tiram dan kicap manis pedas Mahsuri

Sekejap je dah siap masak. Makan pulak dengan nasi putih panas-panas. Buat bertambah walaupun masakan simple je. Happy baby dalam perut. 

Featured Post

Adik's 2nd Birthday

Birthday anak kedua saya tu Oktober lepas. Baru terasa nak share gambar dalam blog ni. Celebrate kat rumah je memandangkan masa tu kita teng...

Popular Post